Utusan Borneo (Sabah)

Jelajah 1Jiwa Bernama menuju Kelantan

-

KANGAR: Konvoi Jelajah 1Jiwa Bernama hari keempat pada Selasa meneruskan perjalanan ke Kelantan setelah singgah di Perlis petang Isnin.

Konvoi 15 buah motosikal berkuasa tinggi yang berlepas dari ibu pejabatnya di Kuala Lumpur Sabtu lepas, turut disertai empat kereta dalam misi menziarahi untuk menemui dan menyampaik­an sumbangan kepada bekasbekas pesara agensi berita itu di seluruh negara.

Di Perlis, konvoi itu sempat menyertai program Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l menyantuni asnaf di surau Kampung Benta, Sanglang.

Ketibaan mereka di Kampung Benta sebelum itu disambut oleh Ketua Biro Bernama Perlis, Zainal Abdul Jalil dan staf biro berkenaan.

Chef De Mission, Amrizan Madian diberi peluang memberi penerangan mengenai program konvoi yang julung kali diadakan bersempena sambutan jubli emas Bernama kepada jemaah surau.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan mendengar penerangan dan menunaikan sembahyang­maghribber­sama para peserta.

Baginda merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kemudian menyampaik­an sumbangan zakat majlis itu kepada 53 penerima berjumlah RM31,800.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan pagi ini, Amrizan melahirkan kesyukuran kerana pengguna jalan raya raya memberi laluan sehingga perjalanan konvoi lancar.

“Kami dijangka tiba di Kelantan petang ini dan akan menemui beberapa orang bekas pesara Bernama di negeri itu untuk menyampaik­an sumbangan sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu dan Pahang,” katanya.

Dalam ucapan aluannya, Zainal mendoakan keselamata­n dan kesejahter­aan konvoi tersebut dan berharap mereka dapat menyempurn­akan misi yang diamanahka­n oleh pengurusan Bernama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia