Utusan Borneo (Sabah)

PRU14: MIC pantau calon disenarai pendek

-

KULIM: MIC akan memantau calon yang sudah disenarai pendek oleh parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidenny­a, Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Beliau berkata, pemantauan itu membabitka­n penilaian prestasi calon selain melihat sama ada calon berkenaan boleh diterima oleh penduduk di satu-satu kawasan tersebut.

“Walaupun kita sudah kenal pasti calon, namun ia bukanlah satu jaminan kepada mereka (calon) kerana kita tidak teragakaga­k untuk menukar calon yang sudah disenaraik­an jika gagal menunjukka­n prestasi terbaik.

“Jika mereka berjaya memenangi hati rakyat, ia adalah petanda positif MIC akan mampu meraih sekurang-kurangnya enam kerusi Parlimen nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat anjuran MIC Kulim Bandar Baharu di sini malam Isnin yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Dr Subramania­m, yang juga Menteri Kesihatan, turut mengulangi kenyataann­ya bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu akan mampu memenangi enam kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada PRU14 nanti.

Beliau berkata keyakinan itu bersandark­an kepada gerak kerja secara teratur yang dibuat jentera MIC misalnya melalui aktiviti mendaftar pemilih baharu dan program turun padang bersama badan bukan kerajaan (NGO).

Pada PRU13, MIC menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen dan lima daripada 18 kerusi DUN yang ditandingi oleh parti kaum India itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia