Utusan Borneo (Sabah)

Perwakilan Umno disaran kemuka usul kesejahter­aan rakyat

-

KUALA LUMPUR: Semua pemimpin dan anggota Umno hendaklah memberi penekanan mengutarak­an usul-usul yang lebih menyentuh kepentinga­n, keperluan dan kesejahter­aan rakyat dalam persidanga­n perwakilan Bahagian.

Setiausaha Biro Perlembaga­an dan Perundanga­n Umno Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata penekanan terhadap aspek berkenaan bukan sahaja bakal menentukan hala tuju Perhimpuna­n Agung Umno 2017, tetapi juga untuk mencatur strategi dan persediaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Sehingga 24 Okt 2016, pihak Ibu Pejabat Umno menerima 681 usul dari 191 Bahagian Umno di seluruh negara yang diluluskan oleh perwakilan bahagian masingmasi­ng. Daripada jumlah itu, 510 usul diterima untuk rujukan, 171 usul diterima tanpa bahas dan tiada usul yang ditolak.

“Usul yang diterima untuk rujukan ini melibatkan 108 Usul Politik ,29 Usul Ekonomi, 62 Usul Agama, 83 Usul Sosial, 98 Usul Pendidikan, 10 usul melibatkan pindaan perlembaga­an dan 120 lainlain usul.

“Pihak sekretaria­t telah menghantar kesemua usul berkenaan kepada pihak kementeria­n dan agensi terlibat bagi mendapatka­n maklum balas,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Maklum balas daripada kementeria­n dan agensi berkaitan telah diperoleh dan disemak serta dihantar ke Bahagian-Bahagian Umno pada 3 Julai lepas iaitu sebelum Persidanga­n Perwakilan Bahagian di seluruh negara bermula dari 7 Julai sehingga 26 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia