Utusan Borneo (Sabah)

Lapan sekeluarga dibunuh di Krabi

-

BANGKOK: Lapan sekeluarga termasuk tiga kanakkanak mati ditembak lelaki bersenjata yang menyamar sebagai pegawai kerajaan di wilayah Krabi di Thailand, menurut polis semalam, dalam kes pembunuhan beramai-ramai yang didakwa penyiasat berpunca daripada konflik peribadi.

Polis berkata, sekumpulan enam atau tujuh lelaki berseragam celoreng menyerbu sebuah rumah di wilayah selatan itu sekitar jam 4 petang kelmarin.

Mereka menahan 10 mangsa sebagai tebusan dan menunggu kepulangan pemilik rumah tersebut, seorang ketua kampung tempatan.

“Sekitar jam 8 malam, pemilik rumah pulang dan kesemua mangsa kemudian digari dan ditutup mata.

“Mereka kemudian ditembak sekitar tengah malam,” kata ketua daerah Ao Luek, Chaiwut Buathong.

Enam mangsa mati sertamerta di tempat kejadian dan dua lagi mati di hospital, tambah Chaiwut.

Tiga daripada mangsa terbabit adalah gadis berusia bawah 15 tahun.

Tiga mangsa lain dikejarkan ke hospital di mana seorang daripadany­a kini tenat.

Timbalan jurucakap polis persekutua­n Krissana Pattanacha­roen memberitah­u wartawan bahawa mangsa adalah sekeluarga penduduk Muslim tempatan dan kumpulan lelaki itu mendakwa diri mereka sebagai pegawai yang mahu memeriksa aktiviti haram.

Gambar yang diambil pekerja perubatan menunjukka­n dua mayat terkulai di atas katil kanak-kanak yang berlumuran darah, dengan satu patung beruang tergeletak di tepinya.

Polis berkata, mereka masih menyiasat kemungkina­n motif serangan, termasuk pertikaian hartanah di antara ketua kampung terbabit dengan penduduk tempatan yang menghuni secara haram tanah awam dalam komunitiny­a.

“Secara peribadi saya percaya motif kejadian ini adalah konflik peribadi yang serius,” kata ketua polis negara Chaktip Chaijinda, yang tiba di Krabi untuk mengetuai siasatan.

Pemilikan senjata api adalah lazim di Thailand dan negara itu mencatat antara kadar homisid berkaitan senjata api tertinggi di Asia.

Meskipun pertengkar­an dan pertikaian kecil kerap berakhir tragik, pembunuhan beramai-ramai seperti ini jarang berlaku.

Krabi merupakan destinasi pelanconga­n popular dengan pantai indah seperti Ao Nang dan Rai Ley, namun pembunuhan kelmarin berlaku jauh dari kawasan utama pelancong.

Wilayah tersebut bagaimanap­un mempunyai satu komuniti besar penduduk Muslim sejak ratusan tahun lalu.

Mereka bertutur dalam bahasa thai dan secara etniknya berlainan daripada Muslim berbahasa Melayu di tiga wilayah paling selatan di mana pemberonta­kan nasionalis terhadap kerajaan pusat berlarutan lebih sedekad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia