Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki terkejut kepala dalam mulut beruang

-

LOS ANGELES: Seorang kakitangan kem musim panas Kristian Colorado terkejut apabila terbangun dari tidur dan mendapati kepalanya di dalam mulut seekor beruang.

Jurulatih berusia 19 tahun dari Glacier View Ranch itu menceritak­an kesakitan yang dialaminya ketika beliau mendengar beruang hitam itu menggigit kepalanya.

Ia mengheretn­ya sejauh empat meter sebelum dihalau peserta khemah lain, dan diburu pegawai taman dengan anjing.

“Bunyi gigitan itu saya percaya adalah gigi yang menggigit tengkorak ketika ia membaham,” mangsa yang hanya dikenali sebagai Dylan memberitah­u rangkaian berita tempatan Denver 7.

“Ia menggigit dan kemudian menarik saya.

“Ketika ia mengheret saya, itulah saat paling perlahan bagaikan berterusan buat selama-lamanya,” tambah beliau.

Dylan mengakui turut berasa nafas beruang itu di belakang tengkuknya.

Dylan kemudian menunjukka­n kepada KTVB-TV kesan gigitan di belakang kepalanya.

Mangsa sedang nyenyak tidur di dalam beg tidurnya di tepi tasik bersama empat kaunselor lain yang menyertai perkhemaha­n itu apabila diserang haiwan liar terbabit sekitar jam 4.15 pagi waktu tempatan Ahad lepas di Ward, kira-kira 32 kilometer dari Boulder, Colorado.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital dan menerima sembilan jahitan di kepala.

Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar Colorado memberitah­u media tempatan bahawa serangan ganas yang tidak dijangka sedemikian sama sekali bukan perkara biasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia