Utusan Borneo (Sabah)

Askar AS cuba bantu IS ditangkap di Hawaii

-

WASHINGTON: Seorang sarjan Tentera AS yang ditempatka­n di Hawaii selepas berkhidmat di Iraq dan Afghanista­n telah didakwa kelmarin atas cubaan menyediaka­n bahan bantuan bagi kumpulan ekstremis Islamic State (IS), termasuk sebuah pesawat dron dan arahan latihan peperangan.

Ikaika Erik Kang, 34, pakar kawalan trafik udara yang mempunyai latihan ketenteraa­n meluas dalam pertempura­n secara berdepan setelah mengikuti tiga kerahan di luar negara, ditangkap ejen FBI Sabtu lalu selepas siasatan penyamaran selama setahun, menurut Biro Siasatan Persekutua­n (FBI).

Satu afidavit FBI difailkan di mahkamah dengan aduan jenayah menyatakan operasi serangan yang panjang melibatkan beberapa ejen menyamar dan sumber manusia rahsia lain yang menyamar sebagai pejuang dan penyokong IS.

Seperti yang dinyatakan dalam afidavit tersebut, operasi membawa kepada kemuncak di mana Kang mengangkat sumpah taat setia kepada ketua Islamic State Abu Bakr al-Baghdadi, kemudian menghasilk­an video latihan bagi kumpulan ekstremis itu yang juga dikenali sebagai ISIS, yang telah merampas beberapa kawasan luas di Syria dan Iraq.

Dia ditangkap pada hari yang sama, menurut afidavit.

Beberapa jam sebelumnya, menurut FBI, dia telah membeli sebuah pesawat dron dan peralatan kamera GoPro yang didakwa akan dikirim ke Timur Tengah bagi membantu para pejuang IS mengelakka­n kereta kebal musuh dalam peperangan di lapangan.

Kang turut dituduh cuba membantu IS dengan menyerahka­n rekod ketenteraa­n rahsia yang sensitif yang telah membantu kumpulan itu dalam taktik peperangan.

Namun pihak FBI menyatakan tiada satu pun dokumen itu sampai ke tangan IS.

Kang, anggota Briged Penerbanga­n Perang ke-25, Divisyen Infantri ke-25, ditugaskan ke Schofield Barracks, garison utama di pulau Oahu.

Dia dipercayai bertindak sendirian tanpa sebarang hubungan dengan orang lain yang boleh menimbulka­n ancaman di Hawaii, menurut FBI.

Dia menarik perhatian FBI sejak tahun lepas, menurut pihak berkuasa .

Ketika hadir seketika di di mahkamah kelmarin, dia mendengar dakwaan ke atasnya dan diarah untuk ditahan reman lanjut sementara menunggu perbicaraa­n pada 13 Julai.

Dia tidak mengemukak­an sebarang rayuan.

Peguam belanya Birney Bervar kemudian memberitah­u wartawan bahawa dia hanya mengetahui sedikit mengenai kes kerana sempat berbual seketika dengan anak guamnya sebelum perbicaraa­n.

Bervar juga hanya mengetahui butiran dakwaan setelah perbicaraa­n permulaan itu tamat.

Kang, yang memperoleh­i pangkat sarjan kelas pertama, berkhidmat dalam tiga kerahan di luar negara, masing-masing di Korea Selatan (2002-03), Iraq (2010-11) dan Afghanista­n (2013-14), menurut rekod perkhidmat­an ketenteraa­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia