Utusan Borneo (Sabah)

India haramkan jual beli lembu

-

NEW DELHI: Mahkamah Agung India semalam mempertaha­n larangan seluruh negara yang ditetapkan kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi ke atas jualan lembu untuk sembelihan yang mencetuska­n kecaman dari banyak negeri.

Mahkamah meluluskan keputusan mahkamah rendah yang menetapkan pelaksanaa­n larangan itu sejak Mei, di mana jual beli lembu, haiwan yang dianggap suci dalam Hindu, untuk sembelihan tidak dibenarkan.

Perintah mendadak itu mencetuska­n protes terhadap apa yang dilihat ramai sebagai pendirian melampau parti Hindu haluan kanan Parti Bharatiya Janata (BJP), dan banyak negeri di mana penyembeli­han lembu adalah sah berikrar menentang dikri itu.

Negeri selatan Tamil Nadu melancarka­n cabaran pertama dengan mendakwa larangan itu melanggar hak mereka untuk makan apa sahaja yang diingini.

Pengharama­n persekutua­n itu bukan sahaja menjejaska­n dagangan lembu, malah lembu jantan, seladang, kerbau, anak lembu dan unta.

Sementara itu di Srinagar, para pemimpin India dan pemisah Kashmir semalam sama-sama mengecam serangan ke atas sebuah bas yang menyaksika­n tujuh penziarah Hindu maut.

Enam wanita dan seorang lelaki mati apabila sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan lewat kelmarin ke arah bas membawa penganut Hindu dalam perjalanan ke sebuah gunung di Himalaya yang dianggap kediaman dewa Shiva.

Puluhan penganut HIndu dari seluruh India pergi ke Kashmir setiap tahun untuk mengunjung­i pembentuka­n ais berbentuk kemaluan lelaki dalam gua Amarnath yang dipuja sebagai simbol Shiva, dewa kemusnahan Hindu.

Gua itu berada pada ketinggian 3,900 meter dan hanya boleh dicapai dengan berjalan kaki atau berkuda, dilihat sebagai simbol perpaduan agama di wilayah bergolak itu.

Pembentuka­n ais itu dipercayai ditemui pada 1850 oleh gembala Muslim yang menjadi penjaganya bersama dua sami Hindu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia