Utusan Borneo (Sabah)

Memprotes pindaan Obamacare, 80 ditahan

-

WASHINGTON: Pihak polis menahan 80 orang di bangunan Kongres AS kelmarin, ketika penunjuk perasaan menyuaraka­n bantahan terhadap usaha terbaharu oleh anggota perundanga­n AS bagi melakukan perkembang­an bagi satu akta pindaan penjagaan kesihatan yang tertangguh.

Beberapa orang senator yang kembali ke Washington kelmarin selepas berehat selama seminggu, manakala anggota dewan kembali semalam, telah dipaksa ketika mereka berusaha untuk membentuk perundanga­n yang akan membenarka­n mereka bagi melakukan kebaikan di atas satu janji untuk mengubah dan mengganti akta penjagaan kesihatan ‘Obamacare’ yang telah dilaksanak­an presiden sebelum itu Barack Obama.

Kelmarin para penunjuk perasaan telah berkumpul di sekurang-kurangnya 13 bahagian berlainan di kompleks Capitol, beratus-ratus buah pejabat yang menempatka­n anggota perundanga­n dan anggota kakitangan mereka.

Pihak polis Capitol menyatakan bahawa 32 lelaki dan 48 wanita telah ditempatka­n dalam tahanan kelmarin kerana terlibat dalam aktiviti tunjuk perasaan yang melanggar undang-undang.

Presiden Donald Trump telah memberikan tekanan terhadap pihak Republikan di dalam Kongres kelmarin, menggesa mereka agar meluluskan langkah pindaan penjagaan kesihatan sebelum Kongres berehat pada Ogos depan.

Trump telah menyekat akta penjagaan kesihatan Obama yang dikenali sebagai Akta Penjagaan Kesihatan Mampu Milik 2010 (ACA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia