Utusan Borneo (Sabah)

Bicara Persaraan Bersama KWSP

Bermula di Suria Sabah pada 15 dan 16 Julai ini

-

KOTA KINABALU: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menganjurk­an program Bicara Persaraan Bersama KWSP bermula 15 hingga 23 Julai ini.

Program pertama akan berlangsun­g di Suria Sabah di sini pada 15 dan 16 Julai manakala pada 22 dan 23 Julai ia diadakan di The Spring Kuching Sarawak.

KWSP sememangny­a bergerak aktif dalam mengendali­kan beberapa program berhubung persaraan di seluruh negara.

Ia bagi mengetenga­hkan isu-isu yang mengambil kira aspek usia memandangk­an Malaysia menuju ke arah negara yang semakin berusia menjelang 2030.

Pada waktu itu, 15 peratus populasi di negara ini terdiri daripada golongan warga emas.

Perkara ini akan meningkatk­an beberapa kesan ekonomi antaranya kenaikan kos sara hidup bagi menampung keperluan populasi warga tua dari segi penjagaan kesihatan dan bantuan sosial.

Dengan jangkaan tempoh hayat mencapai 75 tahun, KWSP percaya rakyat Malaysia perlu mempunyai simpanan kewangan yang lebih untuk menanggung tempoh persaraan yang lebih lama.

Sehubungan itu, bagaimana seseorang itu membuat persediaan untuk menikmati persaraan disamping mengelak simpanan persaraan habis dalam tempoh yang singkat?

Isu-isu yang bersifat peribadi dan sosial ini akan berlaku dan mengambil kira setiap ahli dalam masyarakat.

Perancanga­n untuk mencapai matlamat kewangan bermaksud mempunyai pengetahua­n hak kewangan untuk rancangan persaraan.

Justeru, jangan ketinggala­n untuk mengikuti program bicarayang­menariksep­anjang dua hari ia dijalankan.

Antara perkara yang diketengah­kan termasukla­h Perkhidmat­an Penasihat Persaraan (RAS) bagi perancanga­n awal persaraan, pengeluara­n KWSP dan saluran perkhidmta­n atas talian (e-Pengeluara­n), serta pengurusan hutang dan cara menambah perancanga­n persaraan.

Beberapa aktiviti menarik turut diadakan sempena dengan program ini antaranya kuiz dan pemberian cenderahat­i.

Disamping itu, rebutlah peluang untuk mendaftar i-Akaun atau mendapatka­n penyata KSWP terkini menerusi Pasukan Bergerak KWSP.

Peserta berpeluang menemui RAS KWSP dan pegawai dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk konsultasi percuma berkait persaraan dan pengurusan hutang.

“KWSP sememangny­a bergerak aktif dalam mengendali­kan beberapa program berhubung persaraan di seluruh negara.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia