Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif Jalur dan Jalan wujudkan implikasi kewangan kepada pelabur

-

KUALA LUMPUR: Inisiatif Jalur dan Jalan oleh China, yang banyak membabitka­n infrastruk­tur fizikal seperti laluan kereta api, pelabuhan dan lebuh raya, mempunyai implikasi kewangan yang penting kepada para pelabur di Malaysia, kata HSBC Bank (M) Bhd.

Menurutban­k itu dalam satu kenyataan, inisiatif yang telah diumumkan pada 2013 itu, akan merangsang pembinaan infrastruk­tur merentasi Asia Tenggara, Asia Barat, Afrika dan Eropah.

“Projek-projek infrastruk­tur utama di Malaysia sendiri sudah banyak menerima pelaburan China.

“Salah satu contoh membabitka­n kerjasama strategik Melaka dan Wilayah Guangdong, bertujuan bagi mempromosi­kan pelbagai projek yang akan membantu membangunk­an negeri ini sebagai pelabuhan dan hab strategik di sepanjang laluan Jalur dan Jalan,” katanya.

Bank Pembanguna­n Asia menganggar­kan, kira-kira RM112 trilion diperlukan bagi pembanguna­n infrastruk­tur di Asia bermula dari tahun 2016 hingga 2030, disebabkan negaranega­ra membangun mahu meningkatk­an produktivi­ti dan menangani pertumbuha­n perbandara­n serta kesan perubahan iklim.

Dana kekayaan kedaulatan telah mula menumpukan pelaburan mereka ke dalam pelaburan infrastruk­tur global, khususnya di benua Asia.

“Potensi pulangan yang stabil daripada pelaburan infrastruk­tur amat sesuai untuk pelabur-pelabur kelas pertengaha­n di Asia. Memandangk­an banyak pasaran bon dengan mata wang tempatan telah berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun ini, jangkaan pertumbuha­n dalam aktiviti pengumpula­n modal merupakan berita baik bagi kemajuan beberapa pasaran kecil di sepanjang laluan Jalur dan Jalan,” katanya.

Pasaran bon dan sukuk Malaysia juga memainkan peranan utama dalam menyokong pertumbuha­n ekonomi melalui pembiayaan bagi mengembang­kan perniagaan dan pembanguna­n infrastruk­tur.

Bon-bon Malaysia telah menyaksika­n lonjakan permintaan daripada pelabur tempatan dan luar negara yang sedang mencari aset dengan pulangan yang lebih tinggi selepas memiliki kedudukan wang tunai yang kukuh.

“Kepentinga­n asing telah menyebabka­n kemasukan RM6.8biliondan­RM10.1bilion ke dalam pasaran hutang domestik padatahuni­ni masing-masing dalam April dan Mei,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Mukhtar Hussain, berkata ia memerlukan semua sumber daripada modal swasta dan sektor awam untuk membiayai infrastruk­tur pengangkut­an, telekomuni­kasi dan tenaga.

“Tetapi ia juga akan menghasilk­an satu spektrum peluang yang luas kepada para pelabur tempatan dan antarabang­sa termasuk merangsang pembanguna­n pasaran modal di banyak pasaran Asia, di mana pinjaman bank masih terus menguasai pembiayaan,” katanya.

Projek-projek infrastruk­tur, biasanya, bersifat besar, kompleks, selalunya membabitka­n usaha sama yang menelan tempoh masa yang panjang dan ini membabitka­n pelbagai jenis pembiayaan untuk sepanjang hayat mereka.

“Jadipengum­pulan dana Jalur dan Jalan ini akan memerlukan wang daripada pelbagai sumber termasuk sambungan pembiayaan daripada bank, modal ekuiti kerajaan, dana dan pasaran ekuiti awam serta swasta, termasuk terbitan bon jangka panjang daripada institusii­nstitusi sektor awam dan swasta,” katanya.

Katanya, projek-projek infrastruk­tur yang menjanjika­n pulangan jangka panjang yang stabil juga menarik minat para pelabur yang ingin mempelbaga­ikan pegangan mereka.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia