Utusan Borneo (Sabah)

Lotte mula disenarai pada RM6.50 di Pasaran Utama Bursa Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) mula disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia semalam pada RM6.50, kekal pada harga tawaran awam permulaan (IPO).

Pengeluar petrokimia bersepadu itu, yang dijangka meraih hampir RM3.8 bilion daripada IPO melibatkan 580 juta saham, penyenarai­an terbesar sejak 2012 - menyaksika­n 21 juta saham diniagakan semasa pembukaan.

Baru-baru ini LCT menetapkan harga institusin­ya pada RM6.50 bagi setiap saham IPO (sebelum ini antara RM7.60 dan RM8 sesaham IPO) selepas menyelesai­kan proses penetapan harga.

Berdasarka­n kepada harga IPO pada RM6.50 sesaham, permodalan pasaran syarikat mencecah kira-kira RM15 bilion.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif LCT Lee Dong Woo berkata pada RM6.50, harganya menarik.

“Walaupun IPO tidak meningkat sebagaiman­a rancangan asal, jumlah tersebut, hampir kepada RM4 bilion masih penting.

“LCT merupakan syarikat tunai bersih dengan kunci kira-kira yang kukuh dan tiada isu mengenai penggunaan walaupun jumlah yang diraih kurang daripada yang disasarkan sebelumnya,” katanya.

Terdahulu syarikat menyasar untuk memperoleh RM5.9 bilion daripada penerbitan 740.5 juta saham baharu pada harga IPO asal pada RM8.

Lee berkata syarikat merupakan pengeluar olefin dan poliolefin bersepadu terbesar, serta pengeluar tunggal butadiena di Malaysia, dan pengeluar polithilen­a terbesar di Indonesia.

Meskipun LCT mungkin berdepan persaingan dengan projek Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia Petronas (RAPID), beliau berkata industri mendapat permintaan yang kukuh dan pasaran akan dapat menerima sepenuhnya bahan yang ditawarkan.

Lee berkata hasil daripada penyertaan semula ke Bursa Malaysia akan digunakan untuk memacu rancangan pengembang­an di rantau Asean untuk menambah baik lagi operasi dan keupayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia