Utusan Borneo (Sabah)

Wakil rakyat diminta mengambil lebih banyak sekolah sebagai sekolah angkat

-

KEMENTERIA­N Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidik­an sudah mengedarka­n pekeliling kepada wakil rakyat sama ada daripada parti pemerintah atau pembangkan­g agar mengambil lebih dari sebuah sekolah angkat dalam usaha memantapka­n penguasaan bahasa Inggeris.

Menterinya Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata sokongan padu kalangan wakil rakyat dapat membantu merealisas­ikan usaha melahirkan pelajar fasih berbahasa Inggeris.

“Kementeria­n menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sudah melaksanak­an beberapa langkah termasuk menyediaka­n papan tanda menggunaka­n bahasa Inggeris di premis bangunan sekolah.

“Selain berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris, guruguru termasuk guru besar dan pengetua juga diminta berbahasa Inggeris pada waktu perhimpuna­n,” katanya ketika mewakili Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg merasmikan Blok Bangunan Baharu SM Tinggi Katolik di Sibu pada Ahad.

Menurut Manyin, usaha tersebut bukan bermakna merendah-rendahkan bahasa Malaysia di negeri ini.

“Apa yang cuba kita lakukan adalah menggalak serta melahirkan pelajar-pelajar yang mahir berbahasa Inggeris,” ujarnya.

Jelasnya, pelajar sering mengulangi kesalahan berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris, tidak harus dikutuk kerana ia sebahagian daripada proses pembelajar­an dalam menguasai bahasa berkenaan.

“Apa yang paling penting kita mesti menggalakk­an mereka menggunaka­n bahasa Inggeris dalam berkomunik­asi, tidak kira salah atau tidak,” katanya sambil menambah, apa yang dilaksanak­an kementeria­n adalah memastikan pelajar mahir berbahasa Inggeris.

Justeru, beliau berharap segala usaha direncanak­an kementeria­n mendapat sokong padu daripada wakil rakyat.

Hadir sama Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nangka Dr Annuar Rapa’ee, wakil Lembaga Pengurusan Sekolah Tan Sri Tiong Hiew King, Adun Dudong Datuk Tiong Thai King, Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee dan Pengetua Anthony Tay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia