Utusan Borneo (Sabah)

Ekonomi negara harus berasaskan IT dan digital

-

SIBU: Ekonomi negara harus menjadi sebuah ekonomi berasaskan teknologi maklumat (IT) dan digital.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan EPerdagang­an Dato Sri Wong Soon Koh berkata teknologi maklumat terkini tidak mempunyai sempadan.

“Disebabkan ledakan teknologi yang canggih, ekonomi negara ini bakal berasaskan teknologi yang akan menggunaka­n Internet dalam memasarkan produk.

“Itulah maksudnya EDagang di mana kita memasarkan produk kita dengan lebih pantas serta tidak mempunyai had.

“Semuanya hanya menggunaka­n hujung jari,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah Persatuan E-Dagang Sarawak (SEA) di sini malam Ahad.

Chew Heo Lee secara rasminya dipilih sebagai presiden pertama SEA baharu ditubuhkan itu.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dudong Datuk Tiong Thai King dan pengerusi pengelola Lawrence Siew.

Menteri Kewangan Kedua itu berkata, rakyat terutama golongan memerlukan bantuan dalam sektor perdaganga­n perlu bersedia menghadapi cabaran dan peluang menerusi EDagang.

“Mungkin sukar bagi sesetengah orang tetapi cara baharu ini harus dipelajari semua orang khususnya pada zaman yang semakin canggih ini,” jelasnya.

Adun Bawang Assan itu berkata, kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri Datuk AmarAbangJ­ohariTunAb­ang Openg mengambil langkah terbaik dalam transforma­si ekonomi Sarawak dengan menggarisk­an dan memulakan ekonomi digital sebagai teras ekonomi baharu.

“Adalah satu keputusan bijak bagi kerajaan melonjakka­n ekonomi berasaskan teknologi maklumat untuk kekal relevan dan bersaing dengan negara lain.

“Kita menyeru semua jabatan dan agensi kerajaan dan peniaga serta usahawan khususnya anak muda menyokong langkah dan aspirasi Ketua Menteri yang berani ini.

“Kerajaan mengiktira­f jalur lebar mudah alih dan liputan telefon tidak mencukupi masih menjadi isu penting terutama di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

“Oleh itu, Ketua Menteri memberi RM1 bilion dalam inisiatif ekonomi digital untuk meningkatk­an infrastruk­tur telekomuni­kasi menangani kelemahan ini,” ujarnya.

Katanya, pada masa akan datang Sarawak dapat memiliki akses mudah dan cepat ke rangkaian digital dengan mengeksplo­itasi peluang-peluang E-Dagang sepenuhnya.

Mengenai E-Dagang, beliau berkata ia merupakan alat menyediaka­n cara cepat dan mudah membeli dan menjual produk dan perkhidmat­an membolehka­n kita membeli dan menjual selama 24 jam di mana-mana sahaja.

Sehubungan itu, peranan kementeria­nnya adalah merancang dan membangunk­an pembanguna­n kapasiti bagi usahawan tempatan bagi bersedia untuk E-Dagang.

Beliau berkata, kementeria­nnya mewujudkan rangkaian global dan kerjasama dengan organisasi terpilih mengukuhka­n EDagang dan mewujudkan pusat-pusat inovasi E-Dagang bakal syarikat dan usahawan mempercepa­t perniagaan mereka ke peringkat antarabang­sa.

“Kami harus membina dan membangunk­an strategi utama, rangka kerja pengawalse­liaan institut bersama garis panduan dasar mempersiap diri menjadi pusat E-Dagang mempromosi­kan, mendidik dan membangunk­an modal insan atau usahawan untuk menceburi E-Dagang.

“Oleh itu, kita menganjurk­an seminar dan dialog dengan pelbagai organisasi perniagaan, dewan perdaganga­n dengan bakal peniaga dan usahawan khususnya golongan muda mendapatka­n maklum balas, mendidik dan menyebarka­n maklumat dengan perdaganga­n produk mereka serta keberkesan­an strategi,” katanya.

 ??  ?? CHEW (duduk kiri) menandatan­gani dokumen pelantikan­nya sambil disaksikan Wong (duduk, dua kanan) dan Tiong (duduk, kanan) pada Majlis Angkah Sumpah SEA di Sibu.
CHEW (duduk kiri) menandatan­gani dokumen pelantikan­nya sambil disaksikan Wong (duduk, dua kanan) dan Tiong (duduk, kanan) pada Majlis Angkah Sumpah SEA di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia