Utusan Borneo (Sabah)

Sebuah lagi menara tinjau mungkin dibina

-

MIRI: Kerajaan negeri melihat kemungkina­n membina sebuah lagi menara tinjau di Miri bagi memenuhi keperluan dan aset menangani kebakaran tanah gambut sekali gus mengatasi jerebu serta mencegah kebakaran belukar yang kerap berlaku terutama pada musim kemarau.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas meberitahu bahawa beliau sedang menunggu laporan penuh dan kajian pihak berkaitan mengenai keperluan membina menara yang dianggar bernilai RM345,000 itu serta lokasinya.

Selain itu, aset keperluan SOP tersebut turut dilengkapi dengan 10 telaga tiub dibina di lokasi strategik di Kuala Baram dan 25 ‘check dam’ (empangan kecil) yang akan dilepaskan (airnya) apabila berlaku kebakaran di tanah gambut.

“Oleh itu, lawatan saya ke sini adalah untuk melihat sendiri penyelengg­araan semua aset ini dan memastikan jika kebakaran berlaku kita dapat menyelesai­kan masalah dan sedia berhadapan dengan situasi tersebut,” katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) Mencegah Kebakaran Tanah Gambut di Menara Tinjau Tudan di sini pada Isnin.

Uggah berkata ketika ini Miri mempunyai sebuah sahaja menara seumpama itu.

“Pada masa sama saya mahu mereka bersedia dengan SOP, apakah prosedur harus kita patuhi kerana tujuan utama kita adalah untuk mnunjukkan bahawa kebakaran di kawasan ini dapat dikawal, agar tidak merebak menjadi kebakaran yang boleh menghasilk­an jerebu,” tambahnya.

Menurut Uggah, Malaysia sebagai salah sebuah negara ahli Jawatankua­sa Perjanjian Asean Mengenai Jerebu Rentas Sempadan perlu memainkan peranan mengawal pencemaran jerebu akibat kebakaran hutan atau belukar di kawasannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia