Utusan Borneo (Sabah)

Masalah sekolah kurang murid bakal diatasi

Kebanyakan sekolah SKM tidak mendapat kemudahan yang terdapat di sekolah-sekolah lain, kata Manyin

-

MUKAH: Masalah dihadapi Sekolah Kurang Murid (SKM) bakal diatasi dengan beberapa penambahba­ikan dalam aspek pendidikan.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata kebanyakan sekolah SKM tidak mendapat kemudahan yang terdapat di sekolah-sekolah lain.

“Tiada tenaga pengajar yang pakar, tiada peruntukan dan semuanya kekurangan untuk SKM,” katanya pada Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di sini petang Isnin.

Ini kerana ada SKM hanya mempunyai bilangan pelajar atau murid sangat sedikit iaitu 10 orang atau kurang.

“Keadaan ini memaksa mereka menjadi mangsa keadaan dengan banyak kekurangan,” jelasnya sambil menambah ini belum lagi menyentuh bilangan sekolah berkeadaan kronik dan daif yang menunjukka­n bilangan bukan sedikit.

Bagaimanap­un, dengan penubuhan kementeria­n pendidikan di peringkat negeri ia bakal merubah segalanya.

“Saya berjanji segalanya akan berubah setelah semuanya dirangka dan akan kita laksanakan segera,” tambahnya.

Majlis sama turut menyaksika­n Penganuger­ahan Tokoh Guru Negeri Sarawak 2017 kepada Ng Jueh Hiang serta Penganuger­ahan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Sarawak 2017 kepada Serina Sauni.

Turut berucap Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

“Tiada tenaga pengajar yang pakar, tiada peruntukan dan semuanya kekurangan untuk ” SKM. DATO SRI MICHEAL MANYIN JAWONG Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

 ??  ?? ABANG Johari (tiga kanan) bersama Serina (empat kanan), Ng (dua kiri), Manyin (tiga, kiri) dan yang lain.
ABANG Johari (tiga kanan) bersama Serina (empat kanan), Ng (dua kiri), Manyin (tiga, kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia