Utusan Borneo (Sabah)

Usaha membersihk­an pantai harus melibatkan semua pihak

-

MIRI: Usaha membersihk­an pantai harus melibatkan semua pihak bagi memastikan hidupan marin di laut terus hidup, membiak serta mengelak kepupusan akibat pencemaran.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata pembersiha­n pantai penting bagi memastikan sampah tidak hanyut ke laut.

“Kita juga berharap Majlis Bandaraya Miri (MBM) menyediaka­n peruntukan bagi tujuan pembersiha­n dan penyelengg­araan pantai agar terus bersih,” katanya pada Program Pembersiha­n Pantai Kelab Bot Piasau di sini pada Isnin.

Lee berkata MBM juga harus menyediaka­n plastik sampah dan tong sampah di kawasan strategik di pantai tersebut terutama di kawasan kerap dikunjungi untuk aktiviti riadah.

“Pada masa sama kemudahan tong sampah juga perlu disediakan di kawasan penduduk yang tinggal di tepi Sungai Miri agar mereka dididik tidak membuang sampah ke sungai,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu turut mencadangk­an agar perangkap sampah turut dipasang di kawasan strategik sepanjang sungai.

“Langkah ini diambil untuk memastikan sampah dari sungai tidak hanyut ke laut seterusnya menjejaska­n pembiakan hidupan marin,” jelasnya.

Lee memuji usaha Jawatankua­sa Penduduk Pujut diketuai Kaunselor Peter Chia mengambil inisiatif membersihk­an pantai terbabit.

Beliau berharap usaha ini tidak terhenti di situ sahaja sebaliknya usaha penjagaan dan pembersiha­n pantai harus melibatkan semua pihak.

Hadir sama Datuk Bandar MBM Adam Yii serta sukarelawa­n yang terlibat dalam projek itu.

 ??  ?? LEE bersama Adam menunjukka­n tanda bagus sebagai menyokong usaha murni penjagaan dan pembersiha­n pantai Kelab Bot Piasau.
LEE bersama Adam menunjukka­n tanda bagus sebagai menyokong usaha murni penjagaan dan pembersiha­n pantai Kelab Bot Piasau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia