Utusan Borneo (Sabah)

Nelayan asing semakin berani ceroboh perairan Sarawak

-

MIRI: Nelayan tempatan bimbang dengan kehadiran vesel nelayan asing di perairan Sarawak yang menjalanka­n kegiatan menangkap ikan secara haram kira-kira lapan batu nautika dari pesisir pantai Kuala Sibuti.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Miri Kaunselor Jamali Basri berkata bagi mengelak kegiatan itu dikesan pihak berkuasa, nelayan asing itu memasuki kawasan perairan negeri ini pada waktu malam.

“Nelayan asing tersebut tidak menghirauk­an undang-undang sehingga berani menangkap ikan di kawasan perairan yang hanya terletak kira-kira lapan batu nautika dari pesisir pantai Kuala Niah dan Kuala Sibuti,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau percaya vesel itu dikendalik­an oleh warga Vietnam.

Menurut Jamali, beliau menerima aduan daripada nelayan Kuala Sibuti melihat beberapa vesel sedang giat menangkap ikan berhampira­n Kuala Sibuti sejak lima hari lalu.

“Kami bimbang jika tiada tindakan daripada pihak berkuasa, vesel berkenaan akan terus beroperasi dan menjejaska­n tangkapan nelayan tempatan.

“Tambahan pula nelayan asing terbabit menggunaka­n jaring yang menyebabka­n ikan kecil dan hidupan marin lain turut terperangk­ap. Ini boleh menjejaska­n hidupan laut terutama spesies terlindung di perairan Sibuti-Miri,” katanya.

Jelasnya, setakat ini belum ada tindakan diambil sejak laporan itu dibuat minggu lalu.

Sehubungan itu, beliau menggesa campur tangan kerajaan negeri mempercepa­t tindakan terhadap nelayan asing terbabit.

“Berdasarka­n maklumat nelayan tempatan, kirakira 50 vesel menangkap ikan asing berada di 50 batu nautika dari Tanjung Sirik. Mereka menunggu peluang menceroboh­i perairan Sarawak dan mengaut hasil laut di sini,” katanya.

Beliau menambah, nelayan tempatan turut mengumpul gambar dan mengambil rakaman video yang membuktika­n kewujudan kegiatan menangkap ikan secara haram di perairan Sarawak.

 ??  ?? DUA vesel nelayan asing menangkap ikan secara haram di perairan kira-kira lapan batu dari Kuala Sibuti.
DUA vesel nelayan asing menangkap ikan secara haram di perairan kira-kira lapan batu dari Kuala Sibuti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia