Utusan Borneo (Sabah)

Pengendali MJA perlu dapatkan lesen daripada KKM

-

KUCHING: Para pengendali Mesin Jual Air (MJA) diberi tempoh sehingga 31 Januari 2018 untuk mendapatka­n lesen daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim berkata semua permohonan lesen MJA hendaklah dilakukan secara atas talian (online) dengan menggunaka­n pautan http://fosimdomes­tic. moh.gov.my bermula April 2017.

Katanya, pada ketika ini, terdapat sebanyak 508 MJA yang dikesan beroperasi di seluruh negeri Sarawak.

“Keperluan lesen operasi adalah selaras dengan kemaskini prosedur permohonan oleh Ibu Pejabat Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (IPBKKM), Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

“Sehubungan itu, bermula pada tarikh ini, semua Pejabat Kesihatan Bahagian akan menghubung­i semua pengendali MJA atau wakil bagi tujuan bimbingan permohonan lesen secara online dan pembanguna­n Manual Kawalan Keselamata­n Mesin Jual Air,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, semua Pejabat Kesihatan Bahagian/Daerah akan mengendali­kan bimbingan atau bengkel permohonan lesen MJA secara online selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Julai 2017 sekiranya belum berbuat demikian.

Jamilah berkata selepas proses permohonan lesen secara online, persampela­n air daripada MJA akan mula dijalankan oleh pegawai berkuasa bagi memastikan kepatuhan kepada Jadual ke-25 Standard Air Minuman Berbungkus dan Air Dari Mesin Jual Air (Jadual A) Akta Makanan 1983, sebelummen­eruskanpro­ses kelulusan pelesenan.

Beliau menegaskan semua pengendali MJA atau wakil boleh diambil tindakan perundanga­n sekiranya gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan 360c(4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di mana, pengendali MJA atau wakil boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

“Oleh itu, kerjasama daripada semua pengendali MJA adalah dipohon bagi memudahkan kelancaran perjalanan proses permohonan lesen, persampela­n air atau halhal berkaitan,” katanya.

Katanyapih­akpengenda­li MJA boleh menghubung­i Pejabat Kesihatan Bahagian/Daerah terdekat di mana MJA terletak untuk mendapatka­n keterangan lanjut.

Untuk makluman terkini mengenai garispandu­an permohonan lesen MJA, boleh merujuk laman sesawang http://fsq.moh. gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia