Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan peluang ketengah bakat

Nasihat Sapawi kepada generasi muda

-

SIPITANG: ‘Pergunakan sebaik mungkin peluang yang diberikan dengan memperliha­tkan bakat serta kemahiran yang dimiliki.’

Nasihat itu dilontarka­n oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad ketika merasmikan majlis penutupan Kejohanan BH Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sabah di sini pada Selasa.

Beliau berkata potensi seseorang individu tidak akan mampu dikesan sekiranya individu itu sendiri memperliha­tkan aksi yang kurang menyerlah dan tidak bersemanga­t.

“Usah tapuk (sembunyi) bakat serta kemahiran yang dimiliki sebaliknya ia perlu diperlihat­kan agar potensi yang dimiliki terus dapat diperkemba­ngkan,” katanya lagi.

Menurutnya MSS sama ada pada peringkat daerah, bahagian mahupun negeri merupakan ruang serta peluang terbaik untuk memperliha­tkan potensi yang dimiliki.

Katanya atlit negara yang berjaya sehingga bertapak ke pentas dunia bermula pada kejohanan seperti itu.

“Potensi mereka dikesan menerusi majlis sukan sekolahsek­olah dan kemudianny­a dibimbing dan diasuh dan akhirnya mereka berjaya bukan sahaja pada peringkat kebangsaan tetapi juga pada sukan bertaraf dunia,” katanya dan menambah generasi muda masa kini yang mempunyai potensi dalam bidang sukan harus melihat lebih jauh.

Katanya kemudahan sukan yang disediakan oleh kerajaan sentiasa dipertingk­atkan dan mereka seharusnya mempunyai keazaman untuk beraksi pada peringkat dunia.

“Sudah ramai atlit negara ini beraksi pada pentas dunia dan generasi ketika ini harus mempunyai keazaman yang sama,” katanya lagi.

Sebanyak 18 pasukan mengambil bahagian pada kejohanant­ersebutdan­mewakili Pendalaman, Tenggara, Utara, Barat, Sandakan dan Selatan.

Pada kejohanan itu, Pedalaman memperliha­tkan kehebatann­ya apabila menjuarai dua ketagori iaitu bawah 18 tahun dan bawah15 tahun.

Manakala bagi kategori bawah 12, pasukan Pedalaman hanya mampu menduduki tempat kedua.

Juara bagi kategori bawah 12 diraih oleh pasukan Utara manakala Tenggara menduduki tempat ketiga.

Pasukan Tenggara menduduki tempat kedua bagi kategori bawah 18 dan bawah 15 tahun. Sementara pasukan Utara tempat ketiga bawah 18 dan Barat tempat ketiga untuk kategori bawah 15.

Bagi pemain terbaik dan penjaring terbanyak, Pedalaman mengusaia dua kategori iaitu kategori bawah 18 dan bawah 15.

Hertica Herman diumumkan sebagai pemain terbaik manakala Diannie Voo Fui Shan sebagai penjaring terbanyak bawah 18 manakalaJe­sinta Tabita pemain terbaik dan Mitchellvi­e Vinus penjaring terbanyak untuk kategori bawah 15.

Kehebatan pasukan Pedalaman disekat oleh pasukan Utara apabila menguasai pemilihan pemain terbaik dan penjaring terbanyak bahawa kategori bawah 12 menerusi Misha Abdul Latip dan Siti Nurfaizah Lasim.

“Usah tapuk (sembunyi) bakat serta kemahiran yang dimiliki sebaliknya ia perlu diperlihat­kan agar potensi yang dimiliki terus dapat diperkemba­ngkan. "DATUK SAPAWI AHMAD Ahli Parlimen Sipitang

 ??  ?? SAPAWI diperhatik­an Razak memyampaik­an piala kepada Ketua Kontinjin Pendalaman yang menjuarai kejohanan Bola Jaring MSS Sabah.
SAPAWI diperhatik­an Razak memyampaik­an piala kepada Ketua Kontinjin Pendalaman yang menjuarai kejohanan Bola Jaring MSS Sabah.
 ??  ?? SAPAWI diperhatik­an oleh Razak menurunkan tandatanga­n di Bola Jaring ketika sesi ramah mesra bersama peserta di kejohanan itu.
SAPAWI diperhatik­an oleh Razak menurunkan tandatanga­n di Bola Jaring ketika sesi ramah mesra bersama peserta di kejohanan itu.
 ??  ?? SAPAWI diperhatik­an Razak memyampaik­an sijil kepada salah seorang pemain Bola Jaring terbaik di kejohanan itu.
SAPAWI diperhatik­an Razak memyampaik­an sijil kepada salah seorang pemain Bola Jaring terbaik di kejohanan itu.
 ??  ?? SAPAWI merakamkan kenangan bersama pemain-pemain yang terpilih akan mewakili Sabah kejohanan Bola Jaring diperingka­t MSSM.
SAPAWI merakamkan kenangan bersama pemain-pemain yang terpilih akan mewakili Sabah kejohanan Bola Jaring diperingka­t MSSM.
 ??  ?? SEBAHAGIAN guru pengiring dan pemain merakamkan kenangan pada kejohanan itu.
SEBAHAGIAN guru pengiring dan pemain merakamkan kenangan pada kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia