Utusan Borneo (Sabah)

Jelius kecewa cara Sabah dikalahkan

Persembaha­n pemain di bawah tahap sebenar saingan Liga Premier

-

KOTA KINABALU: Cara Sabah kalah ditangan Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada Isnin mengecewak­an ketua jurulatih, Jelius Ating.

Perlawanan Liga Premier di Stadium Likas itu menyaksika­n Sabah kalah 1-3 dengan persembaha­n yang disifatkan Jelius sebagai di bawah tahap sebenar mereka.

“Saya sangat-sangat tidak berpuas hati dengan permainan pasukan malam ini. Ia bukan permainan sebenar kita...pasukan bermain di bawah tahap sebenar mereka,” kata Jelius ketika ditemui selepas perlawanan.

Katanya, ramai pemain bermain di bawah tahap sebenar juga satu persoalan.

“Kita banyak kehilangan bola dan tidak agresif untuk mendapatka­n semula bola itu seperti biasa. Ini memberi ruang kepada pasukan lawan menguasai permainan.

“Saya tidak nafikan PKNP memang bermain dengan sangat baik tetapi kita sendiri juga membenarka­nnya apabila tidak memberi tentangan sengit. Mereka (PKNP) dapat main bagus kerana kita tidak main bagus,” katanya.

Jelius berkata, pemain perlu ada kesungguha­n dan dahagakan kemenangan dalam setiap perlawanan.

“Kita sedang berusaha menjadikan pasukan ini mantap tetapi pasukan ini tidak akan berubah jika pemain sendiri tidak mahu berubah. Kita perlukan pemain yang ada kemahuan tinggi bermain, ada kesungguha­n dan dahagakan kemenangan dalam setiap perlawanan.

“Kita sudah terlalu lama dengan hanya berjuang mengekalka­n kedudukan dalam Liga Premier dan kadang-kadang bergelut di zon penyingkir­an. Inilah yang cuba kita ubah.

“Saya akan gunakan segala ilmu yang ada termasuk pengalaman sebagai pemain untuk membawa perubahan. Mungkin sudah tiada apaapa lagi yang dikejar musim ini tetapi supaya kita boleh memasang impian logik pada musim depan, kita kena mula dari sekarang dan bukannya bermula dari bawah setiap musim,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Jelius berharap kekalahan itu telah memberi kesedaran kepada pemain dan mereka dapat memberi respon positif pada baki tujuh perlawanan.

Katanya, ketiadaan pemain tengah Azizan Nordin yang menjalani penggantun­gan satu permainan dan Maxsius Musa memang memberi kesan kepada pasukan tetapi beliau menegaskan ia bukan alasan terhadap kekalahan itu.

“Kita tidak bergantung kepada satu atau dua pemain. Kita bermain sebagai satu pasukan tetapi masalahnya malam ini pasukan bermain di bawah tahap sebenar mereka.

“Apapun, sebagai jurulatih, saya terima hakikat dan bertanggun­gjawab terhadap kekalahan ini. Kita akan jadikan ini sebagai pengajaran dan cuba bangkit pada perlawanan akan datang,” kata Jelius sambil berterima kasih kepada lebih 1,500 penyokong yang datang memberi sokongan.

Sabah hanya mencipta satu peluang keemasan pada separuh masa pertama tetapi tandukan Rodoljub Paunovic terhadap hantaran lintang Sabri Sahar dinafikan palang gol walaupun sudah menewaskan penjaga gol lawan, Ahmad Asyraaf Omar pada minit ke14.

PKNP pula enam kali mencemaska­n gawang Sabah termasuk dua yang ditepis penjaga gol, Rozaimie Rohim dan satu yang menghasilk­an jaringan menerusi tandukan Muhamad Shahrel Fikri pada minit ke-22 untuk mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Selepas rehat, Sabah lebih awal melakukan ancaman tetapi percubaan dari luar kotak penalti Lee Gil Hoon sedikit tersasar pada minit ke-49.

PKNP sekali lagi menjawab ancaman itu dengan jaringan kedua hasil tandukan Ritus Krajauklis terhadap sepakan sudut Deevan Raj pada minit ke-63.

Pemain gantian, Rahman Shah Marajeh memberikan harapan apabila menjaringk­an gol pada minit ke-69, tiga mint selepas dimasukkan menggantik­an Ummareng Bacok.

Rahman menggelece­k dua pertahanan sebelum masuk ke kotak penalti dan merembat masuk untuk mengurangk­an jarak kepada 2-1.

Harapan Sabah untuk sekurang-kurangnya mendapat satu mata bagaimanap­un dikuburkan oleh jaringan Ahmad Sukri Hamid pada minit ke-6 untuk PKNP 3-1 di hadapan dan kekal sehingga permainan tamat.

Kekalahan itu tidak mengubah kedudukan Sabah di tangga kesembilan dengan 14 mata manakala PKNP pula telah membuka laluan baik bersaing untuk kedudukan teratas dengan 31 mata.

PKNP kekal di kedudukan ketiga tetapi kini hanya dijarakkan satu mata dengan dua pasukan teratas, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Sabah akan meneruskan cabaran menentang Kelab Bola Sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) pada 14 Julai.

Pemain yang beraksi pada Isnin adalah Rozaimie Rohim, Dendy Lowa, Lee Gil Hoon, Rodoljub Paunovic, Alto Linus (Mohd Azwan Abd Fatah), Heo Jaenyong (Ricco Nigel Milus), Leopold Alfonso Otong, Ummareng Bacok (Rahman Shah Marajeh), Francis Kasonde dan Sabri Sahar.

“Saya sangat-sangat tidak berpuas hati dengan permainan pasukan malam ini. Ia bukan permainan sebenar kita...pasukan bermain di bawah tahap sebenar mereka. ” JELIUS ATING Ketua jurulatih

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia