Utusan Borneo (Sabah)

Everton ‘bukan rumah persaraan’: Rooney

-

LIVERPOOL, England: Penjaring gol terbanyak England, Wayne Rooney, menegaskan Everton ‘bukan rumah persaraan’ selepas melakukan kepulangan emosi ke Goodison Park minggu ini.

Rooney menyertai semula kelab di masa remajanya selepas 13 tahun di Manchester United di mana beliau juga penjaring terbanyak United selepas memecah rekod Sir Bobby Charlton musim lepas.

Penyerang berusia 31 tahun itu percaya beliau boleh membawa kembali kejayaan di sebuah kelab yang belum memenangi sebarang trofi sejak memenangi Piala FA Inggeris pada 1995.

Bekas kapten England itu merasakan beliau boleh terus menikmati kejayaan di kelab pertamanya.

“Saya tidak kembali ke rumah persaraan,” kata Rooney ketika diperkenal­kan kepada media Isnin lepas.

“Saya mahu bermain, menang dan berjaya. Saya berasa selesa. Saya tidak cukup cergas ketika ini tetapi dalam beberapa minggu lagi, saya akan kembali cergas.

“Saya teruja. Saya fikir ia adalah masa yang tepat dan saya sudah bersedia.”

Rooney mengakui pada bulan Mei di mana beliau semakin kecewa kerana kurang beraksi di Old Trafford, di mana beliau hanya membuat 15 penampilan dalam kesebelasa­n utama liga musim lepas.

Rooney berharap untuk dapat beraksi lebih kerap di Goodison Park untuk memburu satu tempat ke skuad Piala Dunia England.

Beliau kehilangan tempat dan jawatan sebagai kapten sejak Gareth Southgate menjadi jurulatih England baharu dan beliau tahu beliau berdepan cabaran yang kuat untuk kembali ke dalam skuad kebangsaan.

Bagaimanap­un, beliau mencadangk­an beliau hanya boleh memikirkan tentang England jika bermain dengan baik untuk kelab.

“Saya memberikan fokus kepada Everton, untuk bermain dengan baik,” kata Rooney, yang beraksi pada kejohanan antarabang­sa pertama beliau bersama England di Euro 2004 dan menjaringk­an empat gol.

“Jika saya melakukann­ya, Gareth Southgate akan membuat keputusan, sama ada mahu memanggil saya kembali ke dalam skuad atau tidak.

“Saya berharap prestasi saya cukup bagus untuk Everton dan jika ya, sudah tentu beliau (Southgate) tidak dapat mengendahk­an sumbangan saya.”

Rooney adalah penonton berusia sembilan tahun di Wembley pada kali terakhir Everton muncul juara Piala FA 1995 apabila menewaskan Manchester United di final.

Kelab terpaksa menunggu lebih dari dua dekad untuk muncul juara kejohanan yang sama sekali lagi dan Rooney percaya masa untuk menanti lebih lama lagi akan berakhir.

“Anda bermain untuk cuba memenangi kejuaraan dan itulah apa yang kami mahu lakukan,” kata Rooney.

“Kami mahu menjadi berjaya dan kami tahu kami mempunyai orang yang tepat untuk membimbing kami. Ia pastinya hebat untuk memenangi sesuatu bersama Everton.” Rooney berdepan cabaran menyesuaik­an diri ke dalam skuad yang kehilangan penjaring terbanyakn­ya musim lepas, Romelu Lukaku, yang dijual ke Manchester United dalam perjanjian bernilai 75 juta pound.

 ?? — Gambar Reuters ?? ROONEY memberikan ‘pose’ istimewa bersama jersi kelab selepas sidang media di Goodison Park, Liverpool Isnin lepas.
— Gambar Reuters ROONEY memberikan ‘pose’ istimewa bersama jersi kelab selepas sidang media di Goodison Park, Liverpool Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia