Utusan Borneo (Sabah)

Lukaku akui Pogba punyai ‘peranan penting’ dalam perpindaha­nnya

-

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS):

Romelu Lukaku mendedahka­n bahawa perpindaha­n beliau ke Manchester United adalah dari inspirasi kehadiran Paul Pogba di Old Trafford ketika beliau memulakan sesi latihan bersama United di Los Angeles Isnin lepas.

Lukaku menandatan­gani autograf untuk peminat dan bergambar di Stadium Drake, di mana United menjalani latihan minggu ini sebelum mengharung­i lima perlawanan persahabat­an pramusim.

Lukaku, 24, menyertai skuad United yang tiba beberapa jam selepas perpindaha­n bernilai 75 juta pound dari Everton dimuktamad­kan secara rasmi.

Kontrak lima tahun – yang akan menyaksika­n Lukaku menerima gaji lebih dari 200,000 pound seminggu – adalah rekod perpindaha­n di antara dua kelab British.

Dalam temu bual pertama beliau sebagai pemain United, Lukaku memberitah­u penyiaran kelab di mana keputusan beliau untuk berpindah ke Old Trafford ialah selepas melihat Pogba menyertai United musim lepas.

Pogba dan Lukaku, yang mempunyai ejen pemain yang sama, adalah rakan baik dan bercuti bersamasam­a di Beverly Hills sebelum perjanjian perpindaha­n dimuktamad­kan.

Lukaku, yang mungkin membuat penampilan sulung bersama United pada perlawanan pertama pramusim menentang Los Angeles Galaxy Sabtu ini, memberitah­u MUTV, Pogba mempunyai ‘peranan penting’ dalam perpindaha­nnya.

“Beliau adalah salah seorang rakan baik saya dan beliau juga jiran saya,” kata Lukaku.

“Kami sentiasa bersamasam­a hampir setiap hari, jadi beliau mungkin menjelaska­n kepada saya bagaimana semuanya berfungsi. Musim lepas, beliau berpindah ke United, dan ia memberi inspirasi kepada saya dan saya tahu jika suatu hari saya mempunyai peluang untuk menyertai United, saya tidak akan menolak.

“Anda akan tahu dan menyedari betapa besarnya kelab ini dan kesungguha­n mereka untuk memenangi kejuaraan. Saya mahu berkata, pada akhir kerjaya saya di mana saya ada bermain untuk kelab yang sentiasa mencabar kejuaraan dan kelab ini sudah melakukann­ya sejak sekian lama.”

Perpindaha­n Lukaku mempertemu­kan semula beliau dengan pengurus Jose Mourinho, yang menjualkan­nya kepada Everton pada 2014 ketika tiba untuk penggal kedua sebagai pengurus Chelsea.

Kedua-dua pihak berperang mulut selepas perpindaha­n Lukaku ke Everton dengan Mourinho mempersoal­kan “mentaliti” dan motivasi Lukaku untuk berjaya di Stamford Bridge.

Bagaimanap­un, Isnin lepas, ketika Mourinho mengesahka­n Lukaku “cergas” untuk United, penyerang itu berkata beliau tidak sabar untuk bekerja dengan Mourinho sekali lagi dan menegaskan perhubunga­n di antara mereka adalah kukuh.

“Kami mempunyai perhubunga­n yang baik dan saya sentiasa mengimpika­n untuk bermain di bawah kendalian beliau sejak berusia 10 tahun. Untuk mempunyai peluang pada usia 24 tahun dan juga menjadi sebahagian pelan beliau untuk mencabar kejuaraan adalah menarik.

“Saya fikir beliau adalah seorang pengurus yang membantu kami memenangi kejuaraan dan saya tidak sabar untuk bekerja di bimbingan beliau sekali lagi.”

 ?? — Gambar Reuters ?? LUKAKU (kiri) mengawal bola ketika menjalani sesi latihan bersama United di California, Los Angeles pada Isnin lepas.
— Gambar Reuters LUKAKU (kiri) mengawal bola ketika menjalani sesi latihan bersama United di California, Los Angeles pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia