Utusan Borneo (Sabah)

PPM Tawau gagalkan tiga cubaan seludup tong LPG

- - Oleh AMIR ANUAR

TAWAU:PasukanPol­isMarin (PPM) Tawau menggagalk­an tiga cubaan menyeludup keluar 57 tong gas petroleum cecair (LPG) ke negara jiran dengan sitaan melibatkan anggaran bernilai RM71,260.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata seramai empat suspek penyeludup turut ditahan di dalam ketigatiga kes yang dilaporkan antara Jumaat dan Ahad.

“Kita percaya kesemua mereka sedang dalam perjalanan menuju ke arah Sg Hj Kuning, Sebatik untuk menyeludup LPG,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata kes pertama melibatkan penahanan dua suspek, juragan, 24, dan anak perahu, 22, yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta membawa 20 tong LPG.

Manakala rampasan kedua pula melibatkan penahanan seorang suspek warga tempatan, 28, pada Jumaat, semasa membawa 19 tong LPG di bot yang dikemudika­nnya.

“Rampasan ketiga melibatkan penahanan seorang juragan bot yang memiliki pasport sebagai dokumen pengenalan dirinya serta membawa 18 tong LPG pada hari sama.

“Ketiga-tiga kes dibanteras pasukan kita semasa menjalanka­n operasi di sekitar perairan Tawau, malah turut merampas perahu dan enjin sangkut dalam ketiga-tiga kes itu,” katanya.

Tindakan merampas kesemua barangan dan menahan keempat-empat suspek dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan tanpa lesen yang sah dan dibaca bersama mengikut PeraturanP­eraturan Kawalan Bekalan 1974.

 ??  ?? PPM Tawau menggagalk­an tiga cubaan menyeludup keluar 57 tong LPG ke negara jiran.
PPM Tawau menggagalk­an tiga cubaan menyeludup keluar 57 tong LPG ke negara jiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia