Utusan Borneo (Sabah)

Polis kesan empat suspek kes samun bersenjata

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA BELUD: Polis masih mengesan empat individu yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata di stesen minyak Kadamaian berdekatan Kampung Taginanbur di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superinten­dan Mohd Zaidi Abdullah berkata setakat ini, pihaknya sudah mengenalpa­sti salah seorang suspek yang dikenali sebagai Nasruddin Kiong, 25, dari Kampung Kesapang iaitu dalang utama kes itu.

Katanya maklumat awal kejadian pada jam 12.30 tengahari itu berlaku apabila kesemua suspek menaiki kereta Perodua Alza ke stesen minyak berkenaan sebelum dua daripada mereka masuk ke dalam kedai.

“Salah seorang suspek bertanya kepada penjaga kedai jika mereka menjual rokok sebelum kedua-dua suspek mengeluark­an pisau dan mengacukan kepada mangsa.

“Mangsacuba­melarikand­iri bagaimanap­un sempat ditarik oleh suspek menyebabka­n mangsaterp­aksamenyer­ahkan RM4,000 dari mesin wang dan kad tambah nilai sebelum suspek melarikan diri,” katanya.

Zaidi berkata bertindak daripada laporan yang dibuat oleh mangsa berumur 48 tahun itu, polis berjaya mengesan kesemua suspek di Kampung Sembirai, bagaimanap­un suspek sempat melarikan diri ke Kampung Labuan.

“Kereta yang dinaiki suspek berjaya dikesan di hadapan sebuah rumah di Kampung Kesapang jam 1.45 petang dan pemilik rumah mendakwa adiknya (suspek) meninggalk­an kereta Perodua Alza di belakang rumah dan memandu kereta Perodua Kenari.

“Siasatan berterusan berjaya menjumpai kereta Perodua Kenari terbabit di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi dan pengawal keselamata­n memberitah­u suspek meninggalk­an kereta berkenaan sebelum mengikuti rakannya menaiki motosikal,” katanya.

Tambahnya pihak polis merampas kereta Perodua Alza dan Kenari untuk siasatan selanjutny­a.

Menurutnya, polis masih memburu kesemua suspek dan meminta orang awam yang mengetahui kedudukan suspek agar segera menghubung­i pihaknya untuk tindakan segera.

Beliau berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan kes rompakan bersenjata secara berkumpula­n.

 ??  ?? NASRUDDIN Kiong, penjenayah yang dikehendak­i polis.
NASRUDDIN Kiong, penjenayah yang dikehendak­i polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia