Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lelaki dituduh terlibat kegiatan militan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Tiga lelaki termasuk dua orang warganegar­a Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kelmarin kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan militan.

Nor Azmi Zahyi, 48, dan dua warga Indonesia iaitu Faisal dan Ali Misron masingmasi­ng didakwa kerana dengan niat hendak pergi ke Filipina menerusi Malaysia bagi maksud persediaan melakukan suatu perbuatan pengganas di negara itu.

Mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 130JA Kanun Keseksaan (Akta574)yangmemper­untuk hukuman penjara selama tempoh sehingga 30 tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Nor Azmi dan Faisal ditahan kira-kira jam 12.20 tengahari pada 15 Jun lepas di hadapan sebuah butik di Jalan 3, Pusat Bandar Sandakan.

Dalam pada itu, Faisal juga didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta BahanBahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) kerana memiliki tiga bilah pisau sepanjang 27.3 sentimeter, semasa ditahan pada 15 Jun.

Manakala, Ali Misron ditahan di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Sandakan kira-kira jam 6.15 petang pada 15 Jun.

Ali Misron juga didakwa mengikut Seksyen 130B (1)(a) Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS) di dalam telefon bimbit.

Kesalahan itu memperuntu­k hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun dan boleh dilucuthak mana-mana bahan berkenaan.

Tiada pengakuan diambil ketika sebutan pertuduhan kes itu dibacakan terhadap semua tertuduh.

Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad menetapkan 22 Ogos sebagai sebutan semula kes berkenaan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwara­ya Mohd Faisal Mohd Noor yang mewakili Timbalan Pendakwara­ya Mohd Mustaffa P Kunyalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia