Utusan Borneo (Sabah)

Travelog ‘Rentak Jalanan’ bersama Jimmy Shanley di TV1

-

TEROKAI keindahan dan keunikan Malaysia menerusi tayangan program travelog terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk ‘Rentak Jalanan’ yang memperkena­lkan pelbagai lokasi pilihan yang menjadi tumpuan dan sebagai sebuah pusat penggalak pertumbuha­n ekonomi setempat seperti pusat pelanconga­n, pertanian, perniagaan, perindustr­ian yang menarik dan juga aktiviti masyarakat setempat yang unik.

Bersama hos Jimmy Shanley, 13 episod program yang mula bersiaran pada 9 Julai ini, setiap Ahad, jam 2.30 petang menerusi saluran TV1, tumpuan diberikan kepada daya usaha sebahagian responden yang gigih berusaha di dalam meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi sara diri sekaligus membawa kepada impak besar kehidupan sosial yang akan merangka peningkata­n pendapatan masyarakat setempat.

Disampaika­n secara santai, penonton dibawa menjelajah ke seluruh semenanjun­g Malaysia termasukla­h di Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan mengunjung­i lokasi menarik juga mengikuti aktiviti unik dilakukan masyarakat setempat di situ.

Turut dikongsika­n perniagaan yang dijalankan mereka dalam menjana keuntungan.

Ikuti paparan menarik di Terengganu yang memaparkan aktiviti menangkap ketam nipah, dan ikan di sungai Setiu juga menangkap ikan di perairan laut.

Menariknya turut dijalankan aktiviti membina kapal dan juga perahu. Sementara itu di Kemaman pula paparan aktiviti/ perniagaan penternaka­n lembu, peniagaan lemang dan pengusaha restoren terapung.

Beralih ke Negeri Cik Siti Wan Kembang pula di Tumpat menjalanka­n aktiviti peniagaan nasi berlauk, Nasi Air Dingin, melawati Pulau Teluk Rejuna, berkayak di Resort Seri Tanjung, peniagaan kelapa dan ke Kampung Morak, mencanai cincin, gelang dan rantai tangan.

Kemudianny­a di Jeli pula aktiviti pelanconga­n di Tasik Pergau, penternaka­n burung merbuk dan juga pasar wakaf baharu.

Diteruskan di Perak paparan aktiviti/peniagaan di Tasik Banding, penguasaha rumah bot di jeti Tasik Banding, aktiviti orang asli di laluan ke Gerik dan juga peniagaan kedai Pak Usop. Berlainan pula di Pengkalan Hulu aktiviti/peniagaan perlombong­an bijih timah di Rahman Hidraulik, aktiviti mendulang dan juga madu kelulut.

Beralih ke berkongsi aktiviti/peniagaan tenunan di Raja Pahang, aktiviti Orang Asli membuat papan pemotong dan aktiviti di muara sungai Rompin, Pahang.

Di sebelah selatan iaitu Johor paparan aktiviti/peniagaan berkaitan penanaman kopi di Johor dan aktiviti menangkap belangkas.

Begitu juga di Kluang aktiviti/peniagaan pengusaha pembuatan kompang dan akitiviti pelanconga­n di Argrofarm.

Di bandaraya bersejarah Melaka, paparan aktiviti/peniagaan tertumpu kepada peniagaan assam pedas dan penanaman pokok Tin.

Diakhiri paparan aktiviti/peniagaan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, di mana aktiviti pelanconga­n burung unta sebagai ternakan, pertenakan landak dan juga ladang lembu Juaseh Agropark.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JIMMY dalam episod di Melaka bersama pengusaha penanaman pokok Tin.
JIMMY dalam episod di Melaka bersama pengusaha penanaman pokok Tin.
 ??  ?? JIMMY Shanley dalam salah satu episod Rentak Jalanan.
JIMMY Shanley dalam salah satu episod Rentak Jalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia