Utusan Borneo (Sabah)

13 anak yatim dirai pada Rumah Terbuka Aidilfitri DBKK

13 anak yatim dirai pada Rumah Terbuka Aidilfitri DBKK

- Oleh ALFRED PETRUS

SERAMAI 13 anak yatim diraikan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada Selasa.

Majlis itu turut menyaksika­n 10 kanakkanak Rumah Anak Yatim As Sakinah dan tiga lagi dari Sekolah Agama Negeri (SAN) Likas menerima sumbangan khas daripada DBKK.

Antara yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dan isteri Datin Rohayah Pawzy serta Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali dan isteri Datin Seri Nuraini Habib Kadir.

Turut hadir Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid, Menteri Tugastugas Khas Datuk Teo Chee Kang dan Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FACS) Datuk Seri Panglima TC Goh.

Sementara itu, Yeo menyifatka­n majlis berkenaan lebih meriah berbanding penganjura­n tahun sebelumnya.

“Kami berasa gembira kerana sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya dengan adanya persembaha­n artis tanah air bagi menyerikan lagi suasana.

“Jika dilihat, kira-kira 2,000 orang hadir di majlis ini,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Beliau berkata DBKK akan mengadakan majlis seumpama itu dengan lebih meriah lagi pada tahun depan.

“Kami berasa gembira kerana sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya dengan adanya persembaha­n artis tanah air bagi menyerikan lagi suasana. ” DATUK YEO BOON HAI Mayor Bandaraya Kota Kinabalu

 ??  ??
 ??  ?? PERSEMBAHA­N pembukaan majlis bagi menceriaka­n lagi suasana.
PERSEMBAHA­N pembukaan majlis bagi menceriaka­n lagi suasana.
 ??  ?? JUHAR (empat kanan) dan Norlidah (tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat lain. JUHAR (dua kiri) dan Norlidah (dua kanan) di majlis itu.
JUHAR (empat kanan) dan Norlidah (tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat lain. JUHAR (dua kiri) dan Norlidah (dua kanan) di majlis itu.
 ??  ?? NORLIDAH(tengah)menyempurn­akanmajlis­penyampaia­n sumbangan kepada rumah anak yatim terpilih sambil diperhatik­an oleh Rohayah (kiri).
NORLIDAH(tengah)menyempurn­akanmajlis­penyampaia­n sumbangan kepada rumah anak yatim terpilih sambil diperhatik­an oleh Rohayah (kiri).
 ??  ?? KEMERIAHAN majlis rumah terbuka DBKK dengan kehadiran orang ramai.
KEMERIAHAN majlis rumah terbuka DBKK dengan kehadiran orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia