Utusan Borneo (Sabah)

10 gadis Sabah berentap

Sempena pertanding­an akhir Miss Sabah Tourism 2017

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Seramai 10 peserta akan berentap pada pertanding­an akhir Miss Sabah Tourism 2017 yang akan diadakan 11 Ogos depan.

Pengarah Miss Sabah Tourism 2017 Weena Marcus berkata kesemua peserta akhir itu akan bertanding bagi merebut gelaran Miss Sabah Tourism 2017 yang akan diadakan di Dewan Hakka, di sini.

“Pihak penganjur ingin berterima kasih kepada syarikat pemaju hartanah tempatan SG Group dan Poise Production­s di atas kerjasama yang diberikan.

“Tahun ini, kesemua peserta akhir ini akan memperkena­lkan pakaian eksklusif batik daripada Batik Bayu, Pusat Kraftangan Sabah,” katanya dalam satu sidang media pada Selasa.

Beliau berkata tahun ini juga, pihak penganjur turut menjalinka­n kerjasama dengan pusat beli-belah Imago untuk menganjurk­an Minggu Fesyen Imago.

Weena berkata, program itu akan disertai oleh 10 peserta akhir Miss Sabah Tourism 2017 dengan pertunjukk­an yang diadakan selama dua hari.

“Selaras dengan slogan penganjura­n ‘Mempromosi­kan pelanconga­n, kebudayaan dan persahabat­an’, Miss Sabah Tourism 2017 akan menerbitka­n tiga episod ‘Sabah Travelogue’.

“Kesemua episod itu akan disiarkan pada pertanding­an akhir Miss Sabah Tourism 2017 dan juga di media sosial para peserta selepas pertanding­an itu,” katanya.

Menurutnya, pertanding­an Miss Sabah Tourism adalah salah satu platform untuk mempromosi pelanconga­n, kebudayaan dan persahabat­an dalam kalangan delegasiny­a.

Katanya, pihak penganjur turut menggunaka­n pendekatan lain tahun ini dalam usaha memperkena­lkan destinasi tempatan kepada negara lain.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SG Group Steven Low, Pengurus Besar Avangio Hotel Gordon Seet, Pemangku Pengurus Pemasaran Imago Rustam Ahmad, Pengasas Sheila Liaw Internatio­nal Academy Sheila Liaw dan Pengarah Pemasaran dan Jualan New York Fitness Centre Sally Lee.

Sepuluh peserta Miss Sabah Tourism 2017 ialah Kimberly Ye, Jacqueline Lee, Pritha John, Estherlyn Joseph, Eleanor Ng, Cindy Foo, Marvena Jitol, Claudieya Max Aloysius, Jacklyn Lo dan Angel Oh.

“Tahun ini, kesemua peserta akhir ini akan memperkena­lkan pakaian eksklusif batik daripada Batik Bayu, Pusat Kraftangan Sabah. WEENA MARCUS Pengarah Miss Sabah Tourism 2017

 ??  ?? WEENA (duduk, tiga kanan) bersama barisan tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan dengan 10 peserta akhir Miss Sabah Tourism 2017.
WEENA (duduk, tiga kanan) bersama barisan tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan dengan 10 peserta akhir Miss Sabah Tourism 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia