Utusan Borneo (Sabah)

Pameran ‘Face of Sabah’ bermula 15 Julai

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Pameran istimewa ‘Face

of Sabah’ akan diadakan bermula pada Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Muzium Sabah Sintiong Gelet berkata pameran berkenaan adalah salah satu projek oleh jurugambar Latana Schachenma­nn sempena ulangtahun ke-52 jabatan itu dan Hari Muzium Malaysia.

“Pameran ini diilhamkan oleh Latana dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah yang mana akan mempamerka­n 25 gambar hitam putih.

“Gambar-gambar ini diambil oleh Latana sendiri sejak 1980-an lagi yang menunjukka­n kehidupan masyarakat Sabah pada masa itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pameran Face of Sabah di sini pada Selasa.

Sintiong berkata pameran itu akan dijalankan selama tiga bulan iaitu sehingga 15 Oktober tahun ini.

Sementara itu, Latana yang berasal dari Amerika Syarikat berkata pameran itu adalah cadanganda­ripadasaud­aranya yang ada di Sabah.

Katanya, ia bermula sejak beliau melawat ayahnya yang berasal dari Penampang.

“Saya mula minat mengambil gambar apabila saya datang ke Sabah untuk melawat ayah saya yang berbangsa Kadazan di Penampang pada masa itu.

“Ilham untuk mengambil gambar masyarakat Sabah mula timbul dalam diri saya sejak menjejakka­n kaki di sini 30 tahun lepas.

“Saya memulakan projek ini bermula dari Penampang sehinggala­h ke Kudat yang mana budaya dan pemakaian asal masyarakat itu masih diamalkan,” katanya.

Selain tertarik dengan kebudayaan di Sabah, ia juga salah satu cara bagaimana beliau mengenali budaya asal usul ayahnya.

“Ini juga salah satu cara untuk saya kembali dan mengenali asal usul saya yang mana saya tidak pernah tahu sebelum ini.

“Dengan gambar-gambar yang saya rakamkan, sepupu saya sendiri mencadangk­an untuk mengadakan pameran ini dan dijadikan sebagai satu bahan sejarah kerana kemungkina­n ia akan hilang ditelan zaman kelak.

“Jadi, saya menghantar gambar-gambar ini kepada pihak muzium dan mereka menerimany­a serta bersetuju untuk mengadakan pameran,” jelasnya.

 ??  ?? LATANA (kanan) dan Sintiong (tengah) menunjukka­n salah satu gambar yang bakal dipamerkan.
LATANA (kanan) dan Sintiong (tengah) menunjukka­n salah satu gambar yang bakal dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia