Utusan Borneo (Sabah)

Awasi kawasan kejiranan, elak penularan rabies

Saranan Azizah kepada komuniti setempat berikutan dua kematian berlaku di Sarawak

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTAKINABA­LU: Sebagai langkah berwaspada, setiap komuniti di semua peringkat digesa untuk memastikan kawasan mereka bebas daripada anjing liar bagi mengelak kes rabies seperti berlaku di Sarawak yang meragut tiga nyawa setakat ini.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata masyarakat harus peka terhadap keadaan sekeliling dan sekiranya terdapat anjing liar di kejiranan mereka, hendaklah segera menghubung­i pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Hubungi PBT di kawasan masing-masing bagi memastikan anjing liar dapat ditangkap sekaligus mengelak daripada berlakunya insiden orang awam diserang oleh anjing liar yang membawa virus rabies.

“Walaupun belum ada kes dilaporkan berlaku di Sabah, namun orang ramai perlu berwaspada sepanjang masa kerana penyakit anjing gila ini boleh membawa kemudarata­n kepada individu yang digigit ataupun diserang,” katanya.

Beliau berkata demikian

“Hubungi PBT di kawasan masing-masing bagi memastikan anjing liar dapat ditangkap sekaligus mengelak daripada berlakunya insiden orang awam diserang oleh anjing liar yang membawa virus rabies. DATUK AZIZAH MOHD DUN Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Wisma Wanita, malam Isnin.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort diminta mengulas berhubung kes rabies di Serian, Sarawak yang telah meragut nyawa dua beradik.

Rabu lalu, kerajaan negeri Sarawak mengisytih­arkan lima kampung di Daerah Serian sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies dan mengeluark­an arahan agar semua anjing peliharaan di kawasan dalam lingkungan 10km di situ, diberi vaksin penyakit berkenaan.

Selain Kampung Lebor, kampung lain yang terlibat adalah Kerait, Paon Rimu, Paun Rimu Bakung dan Remun.

Lebih 1,000 orang menghadiri majlis yang diadakan di Wisma Wanita berkenaan.

Turut hadir Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun dan Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah (Gabungan) Mazlan Joehari Manan.

Pengunjung yang hadir disajikan dengan pelbagai juadah Hari Raya selain dihiburkan dengan nyanyian artis tempatan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AZIZAH merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian tetamu di majlis berkenaan.
AZIZAH merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian tetamu di majlis berkenaan.
 ??  ?? AZIZAH berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
AZIZAH berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
 ??  ?? JAINAB merakamkan gambar kenangan bersama Azizah.
JAINAB merakamkan gambar kenangan bersama Azizah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia