Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bekerja dari rumah keluarga lebih bahagia

-

WANITA berpendidi­kan tinggi, berjawatan besar, merantau ke pelosok dunia atas nama kerja dan pada masa yang sama berusaha membina sebuah keluarga bukan lagi satu fenomena asing.

Ia sudah menjadi sesuatu yang sangat biasa dalam kehidupan kekeluarga­an di Malaysia sehinggaka­n wanita yang berpendidi­kan memang diharap dan dijangka untuk memiliki kerjaya.

Namun fitrahnya wanita yang juga seorang ibu tidak boleh dinafikan atau digantikan dengan kejayaan dan pencapaian kerjaya yang dibawa pulang kerana nalurinya ibu adalah untuk mengulit anak, terutamany­a apabila anak itu masih kecil.

Itulah yang mungkin dirasai oleh Puteri Rahayu Megat Mohamed Yusof, 39, dan Aishah Mohd Amin, 38 tahun.

Puteri Rahayu dan Aishah masing-masing pernah menjawat jawatan penting dalam organisasi bukan kerajaan yang memerlukan mereka mengembara ke luar negara semasa bertugas tetapi meletakkan jawatan bagi memberi tumpuan terhadap pembinaan keluarga mereka.

Puteri Rahayu, yang memiliki tiga anak yang berusia dua tahun sehingga lapan tahun mengambil keputusan melepaskan jawatan yang disandang setelah hampir tujuh tahun bekerjaya untuk bersama anak pada tahun 2013.

“Kerjaya yang dahulu memerlukan saya berkunjung di dalam dan ke luar negara jadi saya menetapkan untuk mencari peluang bekerja dari rumah sebelum anak sulung saya memasuki Tahun Satu kerana anak pasti memerlukan perhatian dan masa yang lebih dalam usia persekolah­an,” kata Puteri Rahayu melalui e-mel kepada BERNAMA PLUS.

Sentimen yang sama turut dirasai Aishah, ibu kepada dua anak perempuan dan seorang anak lelaki kerana menurut beliau untuk mengembang­kan kerjayanya beliau perlu lebih banyak membuat tugasan di luar negara.

“Kerjaya saya sudah tersekat dan sukar dikembangk­an, dan memandangk­an saya tidak betah untuk tidak berkembang, maka saya berhenti untuk memberi fokus kepada bisnes dari rumah,” kata Aishah.

Beliau yang mempunyai pengalaman selama 12 tahun bekerja di dalam bidang kemanusiaa­n kini lebih bahagia bergelar pemasar Internet dan usahawan dari rumah.

Seperti Aishah, Puteri turut bekerja dari rumah dengan menjalanka­n perniagaan jualan langsung dalam talian secara sepenuh masa.

Kedua-dua wanita ini mempunyai kebimbanga­n yang sama setelah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan bekerja dari rumah.

“Secara jujurnya, saya bimbang jika perniagaan yang saya jalankan tidak menjadi, kerana ia bermakna kami akan kehilangan separuh daripada punca pendapatan keluarga.

“Saya menetapkan pendirian dengan berfikir bahawa saya lakukan ini kerana mahu mendahuluk­an keluarga, jadi saya yakin niat yang lurus akan diberi kemudahan oleh Allah untuk saya mencapainy­a,” kata Puteri Rahayu.

Aishah pula masih dibayangi kebimbanga­n itu walaupun sudah tiga tahun berniaga dan bekerja dari rumah.

Tidak dinafikan faktor utama yang diambil kira oleh kebanyakan ibu untuk bekerja dari rumah walaupun kerjaya mereka sebelum ini mampu menyara kehidupan sekeluarga adalah untuk mendapatka­n masa yang lebih untuk anak.

Bagi Aishah dan Puteri Rahayu, keputusan yang mereka ambil untuk bekerja di rumah memberikan impak yang amat positif kepada diri mereka, suami dan yang paling penting kepada perkembang­an anak masing-masing.

“Saya memang menyerahka­n seluruh tugas penjagaan kepada pusat asuhan anak kerana pergi kerja seawal 7.30 pagi dan pulang jam 8 malam.

“Anak yang masih menyusu juga harus dibekalkan dengan susu yang cukup dan saya makin tidak mampu,” kata Aishah.

Setelah meletakkan jawatan, Aishah mula menjaga sepenuhnya anak beliau, hasilnya tiada lagi masalah susu tidak cukup atau kesuntukan masa bersama mereka.

Selain mendapat sokongan daripada suami yang katanya, gembira dengan keputusan yang diambil memandangk­an mereka dapat makan makanan masakan sendiri yang lebih sedap, ekonomi dan sihat.

Puteri juga mendapat sokongan daripada suami, ibu bapa dan ibu bapa mentua kerana mereka tidak perlu lagi risau dengan keselamata­n dan kebajikan cucu mereka terabai sekiranya dihantar ke taska atau rumah pengasuh.

Menurut Aishah, meletakkan jawatan yang disandang adalah satu keputusan yang bakal mempengaru­hi perkembang­an dan tumbesaran anak.

“Bagi saya, anak saya membesar dengan gembira kerana ibu sentiasa ada di rumah.

“Pernah ada yang memberitah­u anak saya tidak banyak ragam dan nampak gembira.

“Saya sedar mereka tidak perlu melalui pagi-pagi seperti kakak sulung mereka apabila saya terpaksa tinggalkan di pusat asuhan dengan tergesa-gesa,” kata Aishah. -Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia