Utusan Borneo (Sabah)

Erat silaturahi­m bekas pelajar dan guru

Majlis Reunion dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bekas Pelajar-pelajar SMK Sandakan

- Oleh YUSOP TEPPO

MAJLIS reunion bukan sahaja dapat merapatkan dan menjalin hubungan sesama bekas pelajar SMK Sandakan tetapi juga kalangan guru dan bekas pelajar.

Walaupun disambut secara sederhana, majlis itu tetap meriah kerana turut dihadiri oleh beberapa guru yang pernah mengajar di sekolah berkenaan.

“Oleh itu, majlis seumpama ini perlu diteruskan pada masamasa akan datang agar jalinan hubungan yang wujud berterusan,” kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Kinabatang­an Mohd Kurniawan Naim Bung Moktar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Belia Malaysia berkata demikian ketika merasmikan Majlis Reunion dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bekas Pelajar SMK Sandakan bagi mewakili Ahli Parlimen Kinabatang­an Dato Sri Bung Moktar Radin, di Dewan Seri Gomantong, Sandakan.

Naim berkata majlis reunion itu juga bertepatan kerana diadakan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di mana ia adalah platform untuk mengeratka­n silaturahi­m bekas pelajar dan guru.

“Alhamdulil­lah, majlis reunion ini telah berjaya mencipta sejarah buat pertama kali dianjurkan sempena Hari Raya Aidilfitri. Malah majlis silaturahi­m ini juga berjaya menyatu dan mempertemu­kan bekas pelajar SMK Sandakan yang berjaya dalam bidang politik serta menjadi peguam,

“Alhamdulil­lah, majlis reunion ini telah berjaya mencipta sejarah buat pertama kali dianjurkan sempena Hari Raya Aidilfitri. Malah majlis silaturahi­m ini juga berjaya menyatu dan mempertemu­kan bekas pelajar SMK Sandakan yang berjaya dalam bidang politik serta menjadi peguam, doktor dan ramai juga antaranya menjadi pengarah dan pegawai. ” MOHD KURNIAWAN NAIM BUNG MOKTAR Ketua Penerangan Pemuda Umno Kinabatang­an

doktor dan ramai juga antaranya menjadi pengarah dan pegawai,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pelaksana Datin Suzanna Haji Sabardin berkata majlis itu adalah julung kali diadakan di daerah Sandakan, dan telah berjaya mengumpul bekas pelajar serta guru SMK Sandakan.

“Walaupun secara sederhana tetapi sangat meriah malahan ada di antaranya datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk majlis reunion ini,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada bekas guru yang banyak berjasa mendidik serta melahirkan pemimpin negara dan negeri Sabah seperti Bung Moktar, Datuk Armani Mahiruddin, Dato Juhari Janan dan ramai lagi pemimpin, selain ada yang memegang jawatan pengetua, guru besar dan ahli perniagaan.

“Semoga majlis reunion bekas pelajar SMK Sandakan ini akan menjadi titik permulaan untuk menghimpun seramai mungkin bekas pelajar dan guru pada masa akan datang.

“Terima kasih juga kepada Mohd Kurniawan Naim yang mewakili ayahnya Dato Sri Bung Moktar atas kesudian untuk merasmikan majlis reunion dan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya.

Turut hadir di majlis itu, guru-guru yang pernah mengajar di SMK Sandakan seperti Francis Lam, Wong Hock Phin dan Jimmy Liew.

 ??  ??
 ??  ?? NAIM bersama tetamu kehormat menjamu selera. (gambar kiri) SEBAHAGIAN hadirin bergambar kenangan bersama Naim dan Suzanna.
NAIM bersama tetamu kehormat menjamu selera. (gambar kiri) SEBAHAGIAN hadirin bergambar kenangan bersama Naim dan Suzanna.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA penganjur bergambar kenangan dengan Suzanna.
JAWATANKUA­SA penganjur bergambar kenangan dengan Suzanna.
 ??  ?? NAIM menerima cendera kenangan daripada Suzanna.
NAIM menerima cendera kenangan daripada Suzanna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia