Utusan Borneo (Sabah)

20 sukarelawa­n ikuti program Jelajah Dakwah Sabah

-

MARKAZ Siswa Siswi Islam Sabah (Marsis) telah menganjurk­an program Jelajah Dakwah Sabah.

Program yang telah masuk siri ke-6 itu berjaya menghimpun­kan seramai 20 sukarelawa­n sebagai pelaksana program yang terdiri daripada siswazah berasal dari berlainan daerah di seluruh Sabah.

Program yang turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) itu diketuai oleh Arman Usman selaku pengarah program.

Jelajah Dakwah Sabah pada tahun ini melihatkan penglibata­n aktif oleh para siswazah. Walaupun geografi Sabah yang agak luas berbanding negeri lain, ia tidak menghalang mereka untuk bekerjasam­a dalam misi jelajah kebajikan itu.

Berfokus misi kebajikan, ia memakan masa selama enam hari bermula di daerah Kota Kinabalu lalu ke Putatan, Papar, Bongawan, Beaufort, Keningau dan berakhir di Kundasang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang jelajah adalah ‘street’ dakwah, aktiviti motivasi di sekolah yang terpilih, program anak angkat, dan banyak lagi.

Program tahunan MARSIS itu adalah satu inisiatif mahasiswa kelahiran Sabah yang belajar di Semenanjun­g untuk membantu golongan yang memerlukan dan serba kekurangan. Seawal dua bulan sebelum program berlangsun­g, mereka giat mengumpul dana dan sumbangan daripada orang ramai dengan pelbagai cara.

Poster sumbangan dihebahkan melalui media sosial, busking di Bazar Ramadan, pungutan dana secara berkumpula­n dan mendapatka­n kebenaran untuk meletakkan tabung di masjid-masjid yang terpilih.

Aktiviti jelajah dimulai dengan pemberian sumbangan kepada beberapa keluarga di Pulau Gaya, Kota Kinabalu. Antara sumbangan makanan asas yang diberikan ialah beras, gula, tepung dan beberapa keperluan makanan yang lain.

Papar juga daerah yang terlibat dalam pemberian sumbangan yang mana 11 kampung dan 50 keluarga telah mendapat sumbangan berupa makanan asas hasil sumbangan orang ramai.

Antara lokasi program yang memberi kesan kepada jawatankua­sa pelaksana adalah program anak angkat yang dilaksanak­an di Kampung Mensiang, Keningau. Keadaan jalan ke kampung di pedalaman itu yang sangat daif memberi cabaran besar kepada semua peserta untuk sampai ke destinasi.

Terdapat kira-kira 20 keluarga mualaf yang berbangsa Cina tinggal di kampung itu. Menurut salah seorang penduduk, kesemua keluarga mualaf di kampung itu sangat dahagakan ilmu agama. Walaupun mereka telah memeluk agama Islam dalam tempoh yang agak lama namun, pengetahua­n mereka mengenai asas fardhu ain sangat terhad. Pihak peserta JDS juga dimaklumka­n bahawa ia pertama kali program anak angkat dilakukan di kampung mereka.

Anak yatim Al-Aman Kampung Bingkul, Beaufort turut tidak dilupakan sepanjang jelajah itu berlangsun­g di mana, peserta JDS memberi keceriaan kepada anakanak melalui aktiviti latihan dalam kumpulan yang memberi motivasi kepada mereka agar tidak merasa rendah diri walaupun kehidupan mereka tidak seperti anak-anak yang lain. Kegembiraa­n jelas terpancar di wajah mereka dengan kehadiran peserta JDS yang melayan mereka seperti kakak dan abang sendiri.

Daerah yang terakhir dijejaki ialah Kundasang. Salah seorang peserta jelajah Nur Azimah Hassan berkata, “Program seperti ini perlu dikekal dan diteruskan pada tahuntahun akan datang, kerana program ini mampu mendidik anak-anak Sabah untuk kembali berbakti kepada masyarakat di negeri mereka sendiri apabila kembali daripada melanjutka­n pelajaran masing-masing.”

Markaz Siswa Siswi Islam Sabah menyeru kepada semua individu, pihak yang bertanggun­gjawab, badan korporat, dan semua masyarakat agar lebih bersikap prihatin terhadap golongan miskin yang kurang berkemampu­an, khususnya di negeri ini, diberi bantuan dan perhatian yang sewajarnya.

 ??  ?? BERSAMA Rumah Anak Yatim Al-Aman Kampung Bingkul Beaufort.
BERSAMA Rumah Anak Yatim Al-Aman Kampung Bingkul Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia