Utusan Borneo (Sabah)

AeU jemput alumni ke majlis Alumni High Tea Reunion pada 16 Julai

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

ASIA e University (AeU) buat pertama kalinya akan mengadakan majlis Alumni High Tea Reunion di Kota Kinabalu, Sabah. Bertemakan ‘It’s Time

to Reconnect’, AeU ingin menjemput kesemua alumni Sabah untuk turut datang dan bersama memeriahka­n majlis itu pada 16 Julai, jam 3.30 hingga 6.30 petang.

Majlis itu bakal berlansung di Le Méridien Hotel, Kota Kinabalu dan akan dihadiri oleh tetamu kehormat termasukla­h Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Mary Yap, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AeU Prof Datuk Dr Ansary Ahmed serta dekan, pengarah dan anggota senat.

Menurut Datuk Dr Ansary Ahmed, alumni adalah kekuatan dan degupan jantung AeU.

“Alumni kami memainkan peranan penting dalam memajukan visi dan misi universiti.

“Adalah penting bagi alumni turut serta dan terlibat dengan aktiviti AeU kerana mereka adalah sumber yang paling tidak ternilai dan merupakan duta universiti,” katanya.

Pelakon artis dan selebriti terkenal Malaysia, Datuk Fazley Yaakob yang juga pelajar pascasiswa­zah AeU akan turut hadir di majlis itu.

AeU adalah sebuah universiti multinasio­nal kolaborasi yang ditubuhkan pada tahun 2007 di bawah naungan Dialog Kerjasama Asia (ACD).

Semua program akademikny­a dari peringkat diploma hingga ke kedoktoran telah diluluskan oleh Kementeria­n Pengajian Tinggi Malaysia dan diiktirafk­an oleh Agensi Kelayakan Malaysia.

 ??  ?? ALUMNI AeU pada majlis seumpama di Kuala Lumpur pada tahun lepas.
ALUMNI AeU pada majlis seumpama di Kuala Lumpur pada tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia