Utusan Borneo (Sabah)

Kesumba UMSKAL rai Aidilfitri bersama ahli

-

KELAB Suri Rumah dan Staf Wanita UMS (Kesumba) UMS Kampus Antarabang­sa Labuan telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kesumba Biz and Beat di Kafetaria UMSKAL pada Isnin.

Pengerusi Kesumba UMSKAL Hayati Salleh Baihaki berkata majlis adalah untuk mengeratka­n lagi hubungan silaturrah­im dalam kalangan ahli kelab itu di UMS Labuan.

Beliau yang juga Penolong Pendaftar Kanan di Jabatan Bendahari UMS berkata menerusi majlis tahunan itu, ahli boleh berinterak­si dengan AJK Tertinggi Kesumba UMSKAL.

“Majlis Hari Raya Aidilfitri adalah antara aktiviti yang saban tahun kami adakan untuk mengeratka­n lagi hubungan baik yang sedia terjalin dalam kalangan ahli di UMS Labuan,” katanya.

Majlis yang bermula jam 10 pagi itu dimeriahka­n lagi dengan kehadiran Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik yang juga penasihat Kesumba UMSKAL.

Menurut Hayati, Kesumba UMSKAL yang mempunyai 64 ahli ketika ini juga akan mengadakan aktiviti yang membabitka­n masyarakat setempat dan badan bukan kerajaan (NGO wanita di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada pengurusan UMSKAL yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada pelbagai aktiviti yang dianjurkan Kesumba UMSKAL selama ini.

Pada majlis itu, Hayati turut meraikan ahli yang menyambut harijadi mereka pada bulan ini.

 ??  ??
 ??  ?? HAYATI (tiga kiri) meraikan sambutan Aidilfitri bersama ahli Kesumba di Kafetaria UMSKAL.
HAYATI (tiga kiri) meraikan sambutan Aidilfitri bersama ahli Kesumba di Kafetaria UMSKAL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia