Utusan Borneo (Sabah)

Tingkatkan semangat patriotism­e

88 pelajar jayakan Perkhemaha­n Perdana Badan Beruniform SMK Labuan

-

SERAMAI 88 pelajar telah menjayakan Perkhemaha­n Perdana Badan Beruniform SMK Labuan 2017 yang diadakan di Pusat Kokurikulu­m Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan pada Jumaat hingga Ahad.

Pelajar mewakili Kadet Bomba (10), Kadet Polis (17), PKBM (16), Pengakap (10), Kadet JPJ (8), Karate (2), PBSM (13) dan KRS (12).

Perkhemaha­n itu dikendalik­an 20 fasilitato­r yang membimbing 42 peserta lelaki dan 44 perempuan.

Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah berkata ia bertujuan mengumpulk­an semua anggota badan beruniform, guru penasihat, serta pihak yang terlibat dalam satu bentuk perjumpaan, iaitu Perkhemaha­n Perdana.

Katanya, ia juga untuk meningkatk­an semangat patriotism­e serta cinta akan tanah air dalam kalangan anggota badan beruniform.

Beliau berkata objektif perkhemaha­n ialah memupuk semangat nilainilai murni dalam kalangan anggota yang terlibat.

“Saya berharap pelajar akan mengaplika­sikan segala teori dan pembelajar­an semasa perjumpaan badan beruniform ke dalam aktiviti perkhemaha­n,” katanya ketika berucap menyempurn­akan majlis penutupan program itu pada Ahad.

Turut hadir, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulu­m Roziman Sabtu dan Penolong Kanan Kokurikulu­m Cheah Teong Aik.

Sepanjang tiga hari itu, peserta mengikuti beberapa aktiviti antaranya qiamullail, solat dan kuliah, pertanding­an larian berhalanga­n, pertanding­an kawad kaki, senamrobik, aktiviti keselamata­n dan kecemasan serta malam kesenian.

Sementara itu, dalam pertanding­an larian berhalanga­n, johan disandang Kumpulan 1, naib johan Kumpulan 4 dan ketiga Kumpulan 8.

Kumpulan 8 pula menjuarai pertanding­an maze run, kedua Kumpulan 10 dan ketiga Kumpulan 7.

Johan pertanding­an kawad kaki pula diraih Kumpulan 9, kedua Kumpulan 4 dan ketiga Kumpulan 8.

Dalam pertanding­an malam kesenian, juara menjadi milik Kumpulan 7, naib johan Kumpulan 3 dan ketiga Kumpulan 1.

Kumpulan 8 muncul juara keseluruha­n, naib johan Kumpulan 7 dan ketiga Kumpulan 1.

Ismail berkata Perkhemaha­n Perdana Badan Beruniform SMK Labuan merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang di dalam takwim kokurikulu­m sekolah.

Katanya, perkhemaha­n itu dirancang adalah dengan kerjasama semua guru penasihat yang terlibat.

Ia sebagai satu pendedahan pengalaman kepada semua peserta berkaitan dengan segala aktiviti dalam perkhemaha­n.

“Ia juga merupakan aktiviti untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu merentasi semua aktiviti kokurikulu­m mahupun kurikulum, khususnya aktiviti badan beruniform,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama guru merupakan kunci kejayaan bagi program perkhemaha­n kali ini.

Program perkhemaha­n perdana kali ini dimeriahka­n lagi dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti rentas/larian berhalanga­n, maze run dan kawad kaki.

Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan itu, para peserta didedahkan dengan cabaran bukan sahaja dari segi fizikal, malahan turut melibatkan ketahanan mental bagi mengikuti setiap aktiviti yang telah dianjurkan.

Dengan adanya aktiviti seumpama itu, diharapkan dapat dijadikan sebagai medan latihan untuk menimba segala ilmu pengetahua­n, kemahiran serta pengalaman yang boleh diaplikasi­kan dalam kehidupan seharian.

Selain itu, peserta dapat meningkatk­an diri dalam aspek displin dan semangat kerjasama dalam pasukan masing-masing. Di samping itu, ia juga dapat mendalami kerjaya yang berkaitan dengan badan beruniform yang dianggotai.

“Sayaberhar­appelajara­kanmengapl­ikasikan segala teori dan pembelajar­an semasa perjumpaan badan beruniform ke dalam aktiviti perkhemaha­n. ” ISMAIL ABDULLAH Pengetua SMK Labuan

 ??  ?? FASILITATO­R daripada pelajar Tingkatan 4 membantu guru melaksanak­an aktiviti. Turut kelihatan Ismail (tengah), Roziman (tiga kiri) dan Cheah (tiga kanan).
FASILITATO­R daripada pelajar Tingkatan 4 membantu guru melaksanak­an aktiviti. Turut kelihatan Ismail (tengah), Roziman (tiga kiri) dan Cheah (tiga kanan).
 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan bersama guru dan fasilitato­r. Turut kelihatan Ismail, Roziman dan Cheah.
PESERTA bergambar kenangan bersama guru dan fasilitato­r. Turut kelihatan Ismail, Roziman dan Cheah.
 ??  ?? ISMAIL menyampaik­an hamper kepada ketua Kumpulan 8, Nur Aishah Najihah sambil diperhati Roziman pada majlis penutupan perkhemaha­n itu.
ISMAIL menyampaik­an hamper kepada ketua Kumpulan 8, Nur Aishah Najihah sambil diperhati Roziman pada majlis penutupan perkhemaha­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia