Utusan Borneo (Sabah)

Nor Syahairah harumkan nama Malaysia di Warsaw

-

KERJA keras Dr Nor Syahairah Mohd Nor Norul membuahkan hasil apabila pelajar perubatan dari Malaysia itu menerima anugerah

‘Golden Graduation’ bagi kecemerlan­gan akademik dan pencapaian luar biasa daripada Medical University of Warsaw, Poland.

Beliau muncul pelajar terbaik perubatan dalam kalangan lebih 70 pelajar antarabang­sa dari Kesatuan Eropah, negara Timur Tengah dan Malaysia.

Dua lagi pelajar Malaysia, Dr Nur Aini Sharkhan dan Dr Mohamad Amirul Akram Mashum juga antara pelajar yang memperoleh markah tertinggi.

Rektor Warsaw Medical University Prof Dr Miiroslaqw Wieglos, yang juga anggota Polish Academy of Medical Sciences, mengesahka­n bahawa tiga pelajar perubatan dari Malaysia itu adalah antara 10 pelajar yang memperoleh markah tertinggi, dengan pingat emas diraih Dr Nor Syahairah.

“Ini bermakna sepanjang enam tahun pengajian mereka, kesemua pelajar ini memperoleh markah tertinggi terus menerus,” katanya.

Majlis penyampaia­n anugerah turut dihadiri Duta Malaysia di Poland, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dan Pengarah MARA berpejabat di Frankfurt, Ahmad Fadhli Mohd Naim.

Ketika mengucapka­n tahniah kepada ketigatiga pelajar berkenaan, Fadil turut memuji tujuh pelajar Malaysia dalam kumpulan sama kerana berjaya memperoleh ijazah perubatan mereka.

Beliau menyifatka­n pencapaian para pelajar itu sebagai satu kebanggaan bagi Malaysia dan mencermink­an persediaan negara ke arah Transforma­si Nasional 2050.

Sementara itu, Ahmad Fadhli berkata 10 pelajar berkenaan merupakan kumpulan pertama yang menamatkan pengajian di Warsaw Medical University di bawah biaisiswa Mara. Kumpulan kedua terdiri daripada 21 pelajar akan memperoleh ijazah mereka pada 2018.

Dr Nor Syahairah menamatkan program Internatio­nal Baccalaure­ate beliau di Kolej Persediaan Mara, Seremban, pada 2009 sebelum meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Warsaw.Bernama

 ??  ?? NOR Syahairah berucap selepas menerima anugerah ‘Golden Graduation’ daripada Medical University of Warsaw.
NOR Syahairah berucap selepas menerima anugerah ‘Golden Graduation’ daripada Medical University of Warsaw.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia