Utusan Borneo (Sabah)

Tiga penulis disenarai sebagai calon Anugerah Sea Write

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) akan menyenarai­kan tiga calon yang berpotensi menerima Anugerah Sea Write tahun ini.

Presiden Bahasa Jasni Matlani berkata, setakat ini tiga penulis yang dicadangka­n adalah Datuk Jamdin Buyong, Sukor Usin (Hasyuda Abadi), dan Siti Rahmah Ibrahim.

Menurutnya, ketiga-tiga penulis berkenaan bukan sahaja tokoh sastera di Sabah malah banyak menerima anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan.

“Kita melihat tokohtokoh ini sangat berpotensi dan patut diketengah­kan sebagai calon penerima Anugerah Sea Write.

“Cadangan ini akan diperjuang­kan kerana kita mahu lebih ramai tokoh sastera di Sabah mendapat pengiktira­fan di peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis Forum Penulis dan Dakwah serta Hari Raya Penulis 2017 di sini pada Selasa.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Mohd Arifin Mohd Arif hadir sebagai tetamu kehormat.

Jasni berkata, selama ini kebanyakan pertemuan melibatkan penulis hanya dianjurkan di peringkat negeri.

Justeru jelasnya, karyakarya sastera Sabah kurang diperkatak­an di peringkat kebangsaan dan serantau.

Katanya, perkara itu juga menjadi faktor peluang tidak terbuka luas untuk penulis Sabah menerima anugerah di peringkat yang lebih tinggi.

Sementara itu Arifin berkata, badan-badan sastera di negeri ini semakin giat melaksanak­an pelbagai usaha ke arah mencapai Sabah sebagai dataran sastera dan budaya.

Menurutnya, programpro­gram seperti Mahrajan dan Festival Penulis antara yang mempromosi­kan pelanconga­n sastera dan ilmu di negeri ini.

“Kita percaya Sabah mampu mencapai sasaran berkenaan dengan adanya jumlah penulis yang ramai.

“Selain itu Sabah juga memiliki keunikaan alam yang sering diterjemah­kan melalui karya-karya penulis kita,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah DBP Cawangan Sabah Norjanah Yusoff.

 ??  ?? ARIFIN (dua kanan) menerima cenderahat­i daripada Norjanah (tengah) sambil diperhatik­an Jasni (dua kiri) dan tetamu jemputan lain.
ARIFIN (dua kanan) menerima cenderahat­i daripada Norjanah (tengah) sambil diperhatik­an Jasni (dua kiri) dan tetamu jemputan lain.
 ??  ?? TETAMU jemputan turut bergambar bersama Arifin (duduk, kanan) selepas majlis itu.
TETAMU jemputan turut bergambar bersama Arifin (duduk, kanan) selepas majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penulis-penulis yang hadir merakamkan kenangan bersama Arifin.
SEBAHAGIAN penulis-penulis yang hadir merakamkan kenangan bersama Arifin.
 ??  ?? SESI forum yang mengupas isu-isu berhubung karya penulis dan dakwah.
SESI forum yang mengupas isu-isu berhubung karya penulis dan dakwah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia