Utusan Borneo (Sabah)

Pesawat marin AS terhempas, 16 mati

Media tempatan lapor nahas tanpa mangsa terselamat itu berlaku di Mississipp­i

-

WASHINGTON: Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas kelmarin di negeri selatan Mississipp­i, menyaksika­n 16 maut, menurut laporan media tempatan.

Pasukan Marin AS mengesahka­n kemalangan melibatkan sebuah KC-130 Hercules berlaku lewat petang, tanpa memberikan butiran lanjut.

Akhbar The ClarionLed­ger dan CNN memetik pengarah pengurusan kecemasan daerah Leflore Fred Randle sebagai mengesahka­n jumlah kematian.

Kesemua mangsa menaiki pesawat marin itu dan tiada mangsa terselamat, jelas Randle kepada CNN.

KC-130 Hercules adalah pesawat tangki yang direka untuk mengisi minyak di udara.

Selain mengisi minyak di udara, pesawat tersebut juga membawa kargo dan melaksanak­an misi penumpang taktikal.

Ia digerakkan oleh tiga kru dan boleh membawa 92 anggota darat atau 64 anggota payung terjun, menurut deskripsi dalam laman sesawang rasmi Tentera Laut AS.

Setakat ini belum dapat dipastikan dari mana pesawat itu berlepas dan destinasin­ya.

Namun WSOC-TV di Charlotte melaporkan, memetik kenyataan Pentadbira­n Penerbanga­n Persekutua­n (FAA), penerbanga­n itu bermula dari Cherry Point, North Carolina yang menempatka­n sebuah pangkalan udara marin.

Insiden berlaku sekitar jam 4 petang waktu tempatan, menurut The Clar- ion-Ledger, dan pesawat terhempas di ladang kacang soya di sempadan daerah Sunflower-Leflore, kirakira 100 kilometer utara ibu negeri Jackson.

Ia meninggalk­an kerosakan besar ke atas ladang hijau itu ketika terhempas, menurut rakaman helikopter yang diambil oleh stesen berita tempatan Fox 40.

Kebakaran jelas marak di sepanjang tanah yang terbongkar dan asap hitam tebal berkepul di udara.

Anggota bomba menyembur pesawat itu dengan lapisan tebal busa untuk mengawal kebakaran.

Randle memberitah­u NBC News bahawa tempat kejadian kurang selamat ekoran tumpahan minyak.

Ejen Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) turut berada di tempat kejadian bersama penyelamat dan penyiasat tempatan dan kecemasan negeri, tambah beliau.

Jurucakap FBI Brett Carr memberitah­u The New York Times bahawa agensi tersebut menghantar pegawai ke tempat kejadian tetapi tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat sebagai puncanya.

“Kami hanya cuba menawarkan bantuan.

“Apa sahaja bantuan baik tenaga kerja mahupun respons bukti,” kata Carr, jurucakap pejabat Jackson biro tersebut, kepada akhbar berkenaan.

Gabenor Mississipp­i Phil Bryant menyeru semua pihak mendoakan mereka yang terjejas dalam tragedi tersebut.

Imej yang dipaparkan dalam talian oleh pertubuhan berita menunjukka­n bangkai remuk sebuah pesawat terbakar di sebuah ladang dikeliling­i tumbuhan tinggi, dengan kepulan asap tebal di ruang udara di atasnya.

 ??  ?? GAMBAR fail 1 Januari, 2003 menunjukka­n dua helikopter marin CH-53E Super Stallion menerima minyak daripada pesawat tangki KC-130 Hercules di ruang udara Teluk Aden, Yaman. — Gambar Reuters
GAMBAR fail 1 Januari, 2003 menunjukka­n dua helikopter marin CH-53E Super Stallion menerima minyak daripada pesawat tangki KC-130 Hercules di ruang udara Teluk Aden, Yaman. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia