Utusan Borneo (Sabah)

Lumpur tebal rencat operasi menyelamat

-

TOKYO: Angka kematian akibat hujan lebat dan banjir yang melanda bahagian selatan Jepun mencecah 25 orang, menurut pihak kerajaan semalam, ketika pasukan penyelamat meredah lumpur tebal untuk mendapatka­n lebih 100 penduduk yang masih terkandas.

Hujan selanjutny­a diramal melanda Kyushu selepas beberapa kawasan di pulau barat daya musnah minggu lepas setelah air sungai melimpah, menenggela­mkan jalan raya, rumah dan sekolah serta memaksa ribuan berpindah ke pusat perlindung­an sementara.

Namun ramai masih terkandas, di mana pihak perkhidmat­an kecemasan berusaha mencapai mereka dalam keadaan yang berbahaya.

Kira-kira 150 masih terputus hubungan sehingga petang kelmarin di wilayah paling teruk terjejas Fukuoka dan Oita, menurut pegawai kerajaan tempatan.

Seramai 25 orang disahkan mati ketika sekurangku­rangnya 25 lagi masih belum diketahui nasib mereka, Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga memberitah­u wartawan semalam.

Kira-kira 12,000 anggota penyelamat berdepan kesukaran dalam usaha mencari mangsa terselamat dan membersihk­an kayu hanyut yang menjejaska­n pencarian, menurut Suga.

Perdana Menteri Shinzo Abe membatalka­n lawatan ke Estonia yang dirancang pada asalnya sebagai bahagian akhir dalam jelajah Eropah yang turut meliputi persidanga­n G20 di Jerman, untuk kembali ke Tokyo tengah hari semalam bagi menangani bencana tersebut.

Abe melawat wilayah Fukuoka dan Oita hari ini untuk bertemu dengan kakitangan di pusat perlindung­an dan pegawai kerajaan tempatan, menurut Suga,

Hujan selebat lebih 50 sentimeter menenggela­mkan beberapa bahagian di Kyushu selama 12 jam minggu lepas, disusuli hujan berterusan dari semasa ke semasa sejak itu.

Agensi cuaca Jepun semalam memberi amaran tentang hujan lebat berterusan di Kyushu.

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR serahan Divisyen Ke-4 Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun menunjukka­n anggota menyertai misi mencari mangsa hilang susulan banjir besar di Asakura, Fukuoka.
— Gambar AFP GAMBAR serahan Divisyen Ke-4 Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun menunjukka­n anggota menyertai misi mencari mangsa hilang susulan banjir besar di Asakura, Fukuoka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia