Utusan Borneo (Sabah)

Iraq umum kejayaan banteras IS dari Mosul

Kumpulan pelampau kejam itu kehilangan ibu negara pemerintah­an khalifahny­a di Iraq

-

MOSUL: Perdana Menteri Haider al-Abadi semalam mengumumka­n kejayaan dalam kempen menentang kekejaman dan keganasan di Mosul, sekali gus mengesahka­n pasukan tenteranya telah menamatkan pemerintah­an Islamic State (IS) di bandar kedua Iraq itu.

Berdiri bersama anggota pasukan keselamata­n, Abadi memuji penguasaan semula Mosul di mana IS mengalahka­n tentera Iraq tiga tahun lalu, sebagai detik bersejarah dalam perang antipelamp­au.

“Kejayaan kami pada hari ini adalah kejayaan mengatasi kegelapan, kekejaman dan keganasan, dan saya mengumumka­n di sini, kepada seluruh dunia hari ini berakhirny­a, gagalnya dan tumbangnya negara dongengan teroris Daesh (IS),” menurut Abadi dalam ucapan yang disiarkan di televisyen dari barat Mosul.

“Operasi ini dijalankan dengan perancanga­n, kejayaan dan pelaksanaa­n Iraq,” jelas Abadi sambil berterima kasih kepada semua negara yang menyokong Iraq dalam perang antiterori­smenya.

Puluhan anggota pasukan keselamata­n bersorak selepas beliau berucap, selain menari dan mengibarka­n bendera serta menjulang senjata api mereka.

Pakatan diketuai AS itu yang menyokong kempen Mosul dan kempen lain ke atas kubu kuat IS Syria di Raqa, tetapi memberi amaran ia bukanlah menandakan berakhirny­a perang menentang pelampau.

“Kejayaan ini sahaja tidak menghapusk­an IS dan masih ada perjuangan yang sukar di hadapan.

“Tetapi kehilangan salah satu daripada dua ibu negaranya dan permata pemer- intahan khalifahny­a adalah satu tamparan penentu,” kata Leftenan Jeneral Stephen Townsend, komander operasi antarabang­sa anti-IS.

“Sekarang masanya untuk semua rakyat Iraq untuk bergabung bagi memastikan kekalahan IS di seluruh Iraq,” menurut Townsend.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump turut memuji kejayaan itu sambil mengatakan ia adalah isyarat bahawa zaman IS menghampir­i penamatnya.

Tetapi membina semula bandar musnah Mosul dan membantu orang awam adalah satu tugas besar, dan kumpulan bantuan memberi amaran krisis kemanusiaa­n Iraq belum berakhir.

Kota Lama Mosul khususnya musnah, dengan banyak bangunan tinggal rangka konkrit dan puing mengotori jalan raya.

Abadi berkata, selain terus menangani IS, Iraq mempunyai cabaran lain termasuk misi penstabila­n dan pembinaan.

Tentera Iraq pada Isnin masih bergelut untuk menghapusk­an saki-baki penentanga­n IS di Mosul, di mana pelampau terkepung dalam daerah kecil di Kota Lama Mosul.

“Kejayaan kami pada hari ini adalah kejayaan mengatasi kegelapan, kekejaman dan keganasan, dan saya mengumumka­n di sini, kepada seluruh dunia hari ini berakhirny­a, gagalnya dan tumbangnya negara dongengan teroris Daesh (IS), ” HAIDER AL-ABADI Perdana Menteri

Askar bersenjata­kan mesingan dan raifal penembak tepat melepaskan tembakan dari atas struktur ranap di Kota Lama, manakala serangan udara menyaksika­n asap berkepul di pusat bersejarah Mosul.

Staf Leftenan Jeneral Sami al-Aridhi, komander kanan dalam pasukan elit antiterori­sme terdahulu berkata, tentera Iraq masih terlibat dalam pertempura­n sengit dengan saki-baki pasukan pelampau tetapi pertempura­n itu menghampir­i penamatnya.

Selepas Abadi bercakap, Aridhi berkata, operasi mencari dan membersih masih perlu dijalankan setelah kempen utama selesai.

Kempen untuk merampas semula Mosul dilancarka­n pada Oktober tahun lepas setelah bandar tersebut dikuasai pemberonta­k pada pertengaha­n 2014.

Kos kejayaan begitu besar apabila sebahagian besar Mosul ranap, ribuan mati dan cedera manakala hampir separuh populasiny­a terpaksa melarikan diri.

PBB berkata, 920,000 penduduk melarikan diri semasa operasi di Mosul.

Amnesty Internatio­nal semalam menyeru suruhanjay­a siasatan jenayah ke atas orang awam di Mosul oleh semua pihak yang terlibat dalam peperangan.—

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? ABADI mengumumka­n kejayaan mengusir IS di Mosul, kelmarin.
— Gambar Reuters ABADI mengumumka­n kejayaan mengusir IS di Mosul, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia