Utusan Borneo (Sabah)

The Shore buka peluang pelaburan di Sabah

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Projek hartanah sulung Syarikat Titijaya Land Berhad di Sabah, The Shore dilihat mampu menarik kemasukan pelabur China ke negeri ini.

Projek dengan nilai pembanguna­n RM575 juta yang diadakan dengan kerjasama China Railway Engineerin­g Corporatio­n (CREC) itu akan membuka peluang pelaburan kepada syarikat dari China untuk melabur dalam pasaran domestik di Sabah, kata MenteriKer­ajaanTempa­tan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Usahasama yang dilakukan Titijaya dan CREC itu seiring dengan objektif inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan atau ‘One

Belt, One Road’ untuk memperbaik­i hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan China bagi meningkatk­an infrastruk­tur dan perdaganga­n.

“Kerajaan Negeri menantikan sinergi yang diperoleh hasil kerjasama kedua-dua pihak ini dalam membantu membangunk­an lagi pertumbuha­n sosioekono­mi di Sabah. Dengan nilai pembanguna­n sebanyak RM575 juta itu, ia akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah The Shore @Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.

Hajiji berkata selaras dengan hasrat membangunk­an sosioekono­mi di negeri ini, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan syarikat hartanah swasta untuk meneroka pasaran hartanah di Sabah. Diharapkan lebih banyak lagi penggiat industri hartanah seperti Titijaya untuk melabur di sini.

“Perkembang­an pasaran hartanah di sini sangat menggalakk­an. Kini, kerajaan memperkena­lkan Skim Malaysia Rumah Keduaku (MM2H). Di bawah skim ini, ia menawarkan skim visa persaraan.

“Seiring dengan inisaitf MM2H ini, kita menggalakk­an warga asing dan pelancong asing yang kerap berkunjung ke sini untuk menjadikan Sabah sebagai rumah kedua mereka.

“Tidak dinafikan Kota Kinabalu adalah lokasi yang sesuai untuk memohon MM2H berikutan lokasinya yang strategik, mudah diakses,” jelasnya.

Beliau berkata pembanguna­n Lebuhraya Pan Borneo dan Bus Rapid Transit (BRT) akan membantu meningkatk­an aktiviti perniagaan tempatan. Kemudahan sebegitu memberi mata jualan kepada sektor hartanah di sini.

Projek hartanah The Shore itu meliputi dua blok bangunan yang mempunyai5­61unitapar­tmen kondominiu­m setinggi 25 tingkat. Ia ditawarkan pada harga bermula RM453,000 bagi unit berkeluasa­n 409 hingga 541 kaki persegi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya Land Berhad Lim Poh Yit berkata dengan nilai pembanguna­n itu, beliau yakin Kota Kinabalu mampu ditransfor­masi menjadi sebuah bandar yang lebih hebat.

Katanya mereka yakin projek itu mampu disiapkan menjelang tahun 2022 dan apabila siap, projek itu akan menjadi bangunan tertinggi di bandaraya ini.

“Bagi Titijaya, kami melihat pertumbuha­n ekonomi dan populasi yang bertambah di negeri ini sebagai peluang untuk membangunk­an projek hartanah mewah sebegini. Ini adalah residen pertama yang dilengkapi dengan perkhidmat­an lengkap di tengah-tengah pusat bandaraya,” jelasnya.

Lim berkata peningkata­n pelaburan asing dan perkembang­an baik industri pelanconga­n akan membantu membangunk­an lagi pasaran hartanah di Sabah.

Oleh itu, beliau yakin pembanguna­n The Shore akanmemenu­hiperminta­an masyarakat setempat dan pelancong asing yang inginkan penginapan yang berstandar­d tinggi.

 ??  ?? GAMBAR artistik The Shore yang memperliha­tkan dua blok menara setinggi 25 tingkat.
GAMBAR artistik The Shore yang memperliha­tkan dua blok menara setinggi 25 tingkat.
 ??  ?? HAJIJI (kiri) bersama Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya Land Berhad Tan Sri Lim Soon Peng menyempurn­akan simbolik Majlis Pecah Tanah The Shore.
HAJIJI (kiri) bersama Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya Land Berhad Tan Sri Lim Soon Peng menyempurn­akan simbolik Majlis Pecah Tanah The Shore.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia