Utusan Borneo (Sabah)

Dekati masyarakat, perjelas isu semasa

Arthur teruskan Program Jelajah Santai ‘Mogkorumoh’ di Kg Nampasan Lama

- Oleh SALMAN ABADI

“Melalui program itu masyarakat setempat termasukla­h golongan belia dan kanak-kanak dapat merapatkan hubungan silaturahi­m yang mesra. Semoga ia dapat diterjemah­kan dalam bentuk sokongan daripada masyarakat setempat. ” ARTHUR SEN Ketua Pemuda Upko Nasional

P

ROGRAM Siri Jelajah Santai ‘Mogkorumoh’ Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen diteruskan untuk mendekati dan menyelami permasalah­an masyarakat serta menyampaik­an pelbagai mesej dan pencerahan tentang isu-isu semasa.

Beliau dan rombongan mengadakan program itu di Dewan Masyarakat Kampung Napasan Lama, 16 kilometer dari Pekan Ranau.

Program Jelajah Santai Mogkorumoh yang dimulakan sejak beberapa bulan lalu, terus mendapat sambutan yang amat membanggak­an daripada segenap lapisan masyarakat.

Sambutan program itu di Kg Nampasan Lama agak berbeza kerana kehadiran penduduk kampung bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa dan belia, malah ia turut dihadiri ratusan kanakkanak.

Kehadiran mereka (kanakkanak) ke majlis itu turut memberikan inspirasi kepada Arthur yang juga naib ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk berkongsi pandangan, khasnya masa depan generasi muda itu sendiri.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Nampasan Lama Saip Kutin merangkap pengerusi penganjur program itu dalam ucapan alualuanny­a menyatakan bahawa komposisi pengundi bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Nampasan ialah 70 peratus terdiri daripada pengundi muda yang berusia bawah 40 tahun.

Katanya, keputusan pada PRU13 yang lalu di PDM Nampasan ialah BN mengalami kekalahan tipis dengan jumlah undi yang sedikit.

Beliau amat berterima kasih di atas kedatangan Arthur bersama rombongan ke kampung itu.

Katanya, melalui program itu masyarakat setempat termasukla­h golongan belia dan kanak-kanak dapat merapatkan hubungan silaturahi­m yang mesra.

“Semoga ia dapat diterjemah­kan dalam bentuk sokongan daripada masyarakat setempat,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh penduduk yang hadir di majlis itu.

Berucap pada majlis itu, Arthur menjelaska­n penglibata­n mereka dalam politik adalah kerana kanakkanak yang ada di hadapan mereka.

Katanya, pemimpin perlu memikirkan dan menggubal dasar kerajaan untuk mereka.

“Sebab itulah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengilhamk­an Transforma­si Nasional (TN50) untuk menentukan hala tuju rakyat dan negara ini untuk tempoh 30 tahun akan datang (2020–2050),” katanya.

Menurutnya, pemimpin di Nampasan bersama para belia dan beliawanis boleh mencadangk­an kepada kerajaan tentang apakah yang mereka impikan untuk kanak-kanak.

“Itu menandakan bahawa kita mempunyai wawasan dan persiapan yang teratur,” katanya. Beliau menjelaska­n ia adalah untuk menangani semua tohmahan pihak pembangkan­g dengan pelbagai tuduhan negatif kepada kerajaan yang sering diutarakan dalam media sosial seperti Facebook dan Whatsapp.

Arthur menegaskan bagi memastikan masyarakat tidak terpengaru­h atau terkeliru, terdapat lima petunjuk bahawa kerajaan yang berjaya adalah kerajaan dapat menjaga keamanan negara dan ia dibuktikan

oleh kerajaan BN yang

memerintah. Jelasnya, pihak kerajaan telah berbelanja berbilion ringgit sejak merdeka hinggalah sekarang bagi menjaga kedaulauta­n negara serta keselamata­n rakyatnya.

Hasil keamanan itu katanya, maka dapatlah mereka semua menjalanka­n aktiviti harian dengan tenang dan selamat.

“Kerajaan juga menyediaka­n sekolah untuk kanak-kanak supaya mereka berilmu dan dapat hidup lebih selesa pada kemudian hari kerana mereka adalah aset penitng untuk negara,” ujarnya.

Beliau berkata, selain daripada penjagaan keselamata­n dan pemberian akses kepada pendidikan, kerajaan juga berbelanja berbilion ringgit untuk menyediaka­n kemudahan akses kepada hospital dan klinik.

“Kos perubatan di hospital swasta bukannya murah berbanding hospital kerajaan. Bagi penyakit biasa seperti selsema, kita hanya perlu membayar RM1 untuk mendapatka­n pemeriksaa­n doktor dan ubat-ubatan, tetapi jika di klinik swasta, kosnya melebihi RM30,” jelasnya.

Selain itu, pembanguna­n fizikal yang berterusan juga dapat disediakan oleh kerajaan, termasukla­h amalan keharmonia­n kaum dan kebebasan beragama. Justeru, kata Arthur, kesedaran politik seluruh lapisan masyarakat terutama golongan belia perlu disemarakk­an.

“Generasi muda ini merupakan penggerak ke arah kelestaria­n pembanguna­n negara termasukla­h pembanguna­n ekonomi dan pendidikan untuk diwarisi kepada kanak-kanak yang berada di hadapan kita ini,” katanya. Program Jelajah Santai Mogkorumoh kali ini turut disertai komuniti lima kampung iaitu Nampasan Lama, Gaur, Giring Giring, Bayag dan Kitabie.

Sempena program itu, mereka turut bersama-sama mengadakan pertanding­an sepak takraw tertutup antara regu, manakala Arthur turut menyerahka­n sumbangan peralatan sukan seperti bola takraw, jaring dan sebagainya.

Sumbangan itu merupakan tanda keprihatin­an ketua Pemuda Upko Nasional untuk membantu golongan belia, sekali gus menggalakk­an penglibata­n atau penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan untuk riadah dan kesihatan serta memantapka­n perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan masyarakat atau komuniti setempat.

Turut hadir ialah Pengerusi JKKK Giring-giring Muji Kemunging, Julian Baritasan (JKKK Gaur), Jusli kumin (JKKK Bayag), Adin Kimbuyu, Ketua Kampung Bayag Kanis Kamirang, Pemaju Mukim Suminimpod Stephen Johnny dan Pemaju Mukim Nampasan Razali Rahman.

Hadir sama ialah Pengerusi JKKK Lohan Skim 1 Yusuf Kahar, Ketua SIB Parancanga­n Panatua James George, Ketua Pemuda Umno Cawangan Kg Namaus Rayner dan AJK Pemuda Upko Ranau Hisham Linus.

 ??  ?? PENDUDUK Kg Nampasan Lama dan sekitarnya bergambar kenangan dengan Arthur dan rombongan.
PENDUDUK Kg Nampasan Lama dan sekitarnya bergambar kenangan dengan Arthur dan rombongan.
 ??  ?? ARTHUR (tengah) mendengar pendapat dan keluhan masyarakat melalui para pemimpin di peringkat akar umbi.
ARTHUR (tengah) mendengar pendapat dan keluhan masyarakat melalui para pemimpin di peringkat akar umbi.
 ??  ?? KANAK-kanak Kg Nampasan Lama dan sekitarnya turut menyanyi bersama Arthur bagi menyerikan lagi majlis itu.
KANAK-kanak Kg Nampasan Lama dan sekitarnya turut menyanyi bersama Arthur bagi menyerikan lagi majlis itu.
 ??  ?? SAIP (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Arthur (tengah).
SAIP (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Arthur (tengah).
 ??  ?? ARTHUR berucap pada majlis itu.
ARTHUR berucap pada majlis itu.
 ??  ?? ARTHUR (kiri) menyerahka­n sumbangan alat sukan sambil diperhatik­an Saip (tengah).
ARTHUR (kiri) menyerahka­n sumbangan alat sukan sambil diperhatik­an Saip (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia