Utusan Borneo (Sabah)

‘Spider-Man’ ungguli box office hujung minggu Amerika Utara

-

FILEM ‘Spider-Man: Homecoming’ terbaharu daripada Sony, memulakan tayanganny­a dengan penampilan pertama yang mengagumka­n dengan AS$117 juta di pawagam Amerika Utara.

Ia adalah pembukaan hujung minggu ketiga terbesar tahun ini selepas ‘Beauty and the Beast’ dan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 2’.

Sony menghabisk­an AS$175 juta untuk membuat filem itu, dalam satu perjanjian yang jarang sekali berlaku dengan studio pesaing Marvel milik Disney, namun jualan global sudah pun melepasi AS$250 juta, menurut laman sesawang boxofficem­ojo.com.

Filem ‘Spider-Man’ versi mutakhir, yang menyaksika­n 93 peratus rating penerimaan di laman sesawang Rotten Tomatoes, dibintangi oleh Tom Holland sebagai Peter Parker yang masih remaja dan menjadi anak didik Robert Downey Jr. sebagai Iron Man di mana dia harus berdepan dengan Vulture (Michael Keaton).

Filem No. 1 minggu lepas, ‘Despicable Me 3’, menyusul di tangga kedua dengan AS$33.6 juta. Dalam filem animasi bersiri terbaharu oleh Universal itu, Steve Carell meminjamka­n suaranya untuk si jahat yang kini protagonis Gru -- dan kembarnya Dru. Kristen Wiig sebagai isteri Gru, Lucy dan pencipta bersama ‘South Park’ Trey Parker sebagai penjahat Balthazar Bratt.

Di tempat ketiga adalah filem aksi ngeri rompakan juga dari Sony berjudul ‘Baby Driver’, dengan Ansel Elgort (‘The Fault in our Stars’) sebagai pemandu berbakat yang menderitai tinnitus - satu keadaan di mana ada bunyi deringan telinganya - yang memaksanya memasang muzik dengan iPod agar dapat memberi tumpuan ketika sedang memandu. Filem itu memperoleh­i AS$13 juta dalam minggu ketiganya.

Di tangga keempat adalah ‘Wonder Woman’, dengan AS$9.8 juta.

Filem aksi adiwira Warner Bros. itu dibintangi oleh Gal Gadot sebagai seorang puteri Amazonian yang juga anak kepada dewa.

Dan di tangga kelima adalah ‘Transforme­rs: The Last Knight’ dari Paramount, dengan jualan tiket sebanyak AS$6.4 juta. Episod terkini dalam siri blokbuster itu yang sarat dengan kesan khas dibintangi oleh Mark Wahlberg, Josh Duhamel, John Turturro dan Anthony Hopkins.

Melengkapk­an senarai 10 filem teratas adalah ‘Cars 3’ (AS$5.4 juta), ‘The House’ (AS$4.8 juta), ‘The Big Sick’ (AS$3.6 juta), ‘47 Meters Down’ (AS$2.7 juta), ‘The Beguiled’ (AS$2.1 juta).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia