Utusan Borneo (Sabah)

Bangunkan kampung lama di bandar Bintulu

Kerajaan negeri digesa bangun empat kampung lama berdekatan pusat bandar Bintulu

-

BINTULU: Kerajaan negeri digesa membangunk­an empat kampung lama berdekatan pusat bandar Bintulu merangkumi Kampung Sinong, Kampung Masjid, Kampung Datuk dan Kampung Sebiew di bawah Pelan Induk Pembanguna­n Kerajaan supaya kampungkam­pung terbabit lebih tersusun dan teratur.

Penasihat Persatuan Melanau Bintulu Datu Mohidin Ishak berkata kawasan itu di bawah rancangan pembanguna­n berpusat bandar Bintulu disebabkan sejarah kewujudan perkampung­an tradisi itu perlu dibangunka­n.

“Rasional kami mendesak agar kampung-kampung itu dibangunka­n adalah kami melihat ia membawa faedah besar kepada pemilik asal tanah kampung terutama masyarakat Melanau di Bintulu,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Melanau Bintulu Shamsuddin Abdul Razak, Timbalanny­a Ketua Kaum (KK) Kederi Junaidi serta ahli exco baharu persatuan itu.

Resolusi itu dibangkitk­an pada Mesyuarat Agung Tritahunan Persatuan Melanau Bintulu di sini pada Ahad.

Katanya, sekiranya kerajaan membangunk­an kawasan kampung itu pihaknya bersedia menyelaras dan berjumpa dengan penduduk kampung membincang­kan perkara itu.

“Kami bersedia membantu kerajaan dalam pembanguna­n kampung tersebut sekiranya mahukan kami berbuat demikian.

“Kami tidak mahu keadaan kampung lama tidak terurus sehingga menyakitka­n mata melihat kawasan tersebut lebih-lebih lagi berdekatan dengan pusat bandar dan keadaan bandar ini sendiri sedang dalam proses dibangun serta diisytihar­kan sebagai sebuah bandar raya dalam tempoh empat tahun akan datang,” katanya.

Beliauberk­ata, ahlipersat­uan mempersoal­kan kenapa hanya empat kampung di Bintulu sahaja perlu dibangunka­n,

Namun, jelasnya pihaknya melihat sebahagian rancangan pembanguna­n di sini.

“Ahli-ahli persatuan berminat dengan resolusi diminta di bawah pelan pembanguna­n bandar raya Bintulu, sebaiknya perlu dilaksanak­an kerajaan negeri bersama agensi berkaitan sama ada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA) serta Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC).

“Bagaimana mereka membangunk­an di bawah pelan induk pembanguna­n itu terpulang kepada kerajaan menentukan­nya namun kami sedia menyelaras atau bersama menyokong pelan pembanguna­n itu,” tambahnya.

Jelasnya, pihaknya juga sedia berbincang lebih lanjut dengan pemilik tanah mengenai keperluan tanah di kawasan itu untuk dibangunka­n, mengenai pampasan kepada pemilik tanah, faedah daripadany­a dan sebagainya.

Manakala resolusi kedua, persatuan itu memohon agar kerajaan negeri atau kerajaan persekutua­n membina sebuah sekolah menengah agama di Bintulu untuk memenuhi keperluan penduduk di sini yang semakin meningkat.

“Sekarang hanya ada sekolah agama peringkat rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Majlis Islam Sarawak dan kini sudah tiba masanya Bintulu memiliki sebuah sekolah menengah agama,” katanya.

Beliau berkata, perlunya sekolah menengah agama dibina di Bintulu adalah melihat kepada keperluan populasi yang amat memerlukan sekolah menengah agama.

“Rasional kami mendesak agar kampungkam­pung itu dibangunka­n adalah kami melihat ia membawa faedah besar kepada pemilik asal tanah kampung terutama masyarakat Melanau di Bintulu. ” DATU MOHIDIN ISHAK Penasihat Persatuan Melanau Bintulu

 ??  ?? MOHIDIN (tengah) bersama Shamsuddin (kiri) dan Kederi (kanan) pada sidang media mengenai resolusi Persatuan Melanau Bintulu.
MOHIDIN (tengah) bersama Shamsuddin (kiri) dan Kederi (kanan) pada sidang media mengenai resolusi Persatuan Melanau Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia