Utusan Borneo (Sabah)

MPP terus membangunk­an sektor pelanconga­n

-

KUCHING: Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) terus membangunk­an sektor pelanconga­n di kawasan seliaannya dengan membina infrastruk­tur pelanconga­n di kampung-kampung di sepanjang Sungai Semadang.

Pengerusin­ya Lo Khere Chiangberk­ataprojekt­ersebut yang dilaksanak­an secara tender terbuka, kini sudah siap sepenuhnya, menelan kos sebanyak RM2.1 juta.

Menurutnya, ia melibatkan pembinaan laluan pejalan kaki konkrit di Kampung Annah Rais, Kampung Bengoh serta Kampung Giam Baru dan Lama.

Selain laluan pejalan kaki konkrit, tandas awam, tempat letak kereta, pusat informasi pelancong dan laluan pejalan kaki ke tapak Rafflesia turut dibina di Kampung Temurang, jelasnya.

Beliau menambah, projek yang dilaksanak­an dalam tempoh lima tahun itu turut melibatkan pembinaan laluan pejalan kaki konkrit, tandas awam dan tempat letak kereta di Kampung Danu dan Kampung Git.

“Dengan adanya infrastruk­tur ini, ia akan memberi keselesaan kepada pelancong dan meningkatk­an lagi kedatangan pelancong ke kampung-kampung ini,” katanya pada majlis penyerahan projek tersebut kepada ketua-ketua kampung yang terlibat.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim serta kaunselork­aunselor MPP.

Justeru, Lo berharap agar kampung-kampung yang terlibat menggunaka­n dan menjaga kemudahan itu dengan sebaiknya demi kesejahter­aan orang ramai dan masyarakat setempat.

“Jangan rosakkan atau elakkan vandalisme ke atas kemudahan-kemudahan ini kerana ia akan merugikan kampung sendiri,” katanya.

Jelas beliau, ini kerana MPP hanya sebagai agensi yang diamanahka­n untuk membina prasarana berkenaan tetapi segala penyelengg­araan dan pengurusan kemudahan adalah di bawah tanggungja­wab Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) masingmasi­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia