Utusan Borneo (Sabah)

Badak remaja harus menang

-

KOTA KINABALU: Skuad bawah 19 tahun berhadapan dengan situasi mesti menang menentang Selangor dalam Kumpulan B, Liga Piala Belia 2017 di Stadium Salak Tinggi Sepang, Selangor hari ini.

Hanya tiga mata akan melayakkan pasukan remaja Sabah menempatka­n diri dalam kelompok empat pasukan terbaik kumpulan untuk mara ke persaingan `kalah-mati’ suku akhir.

Penantian 90 minit bermula 4.45 petang ini pastinya akan membuatkan parapenyok­ongtidakse­nang duduk kerana Sabah dan Selangorki­nimasing-masing berada pada kedudukan ketiga dan keempat.

Pengurus pasukan Mohd Yassin Aman berkata, anakanak buah beliau telah berjanji untuk memberikan yang terbaik dalam misi untuk membawa pulang tiga mata penting itu.

“Kita akan memberikan tentangan terbaik buat Selangor, pasukan yang menewaskan kita di Stadium Penampang pada awal musim.

“Semangat para pemain kita (Sabah) berada pada kemuncakny­a, dan saya rasa kita mampu untuk menumbangk­an Anak Gergasi Merah itu dihadapan penyokong mereka sendiri. “Semestinya, kemenangan akan meletakkan terus kita ke suku akhir, tetapi jika hanya mampu seri, satu mata tetap berharga buat kita,” jelas beliau ketika dihubungi pada Selasa.

Sabah ketika ini mengumpul 23 mata untuk berada dibelakang pendahulu Kuala Lumpur yang mengumpul 27 mata sambil Felda United FC dengan 26 mata berada pada kedudukan kedua.

Selangor mengejar rapat dengan 22 mata sambil Negeri Sembilan, SSTMI dan Perak masing-masing dengan 19, 18 dan 17 mata pada kedudukan kelima hingga ketujuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia