Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan Barat johan bola sepak MSS Negeri Sabah

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Pasukan Barat muncul juara kedua-dua kategori Bawah 12 Tahun dan Bawah 15 Tahun pada kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah (MSS) Negeri Sabah 2017 di Kompleks Sukan Ranau.

Naib johan kategori 12 tahun disandang oleh pasukan Tenggara, ketiga Pedalaman dan keempat Utara, manakala pasukan Sandakan naib johan kategori bawah 15 tahun disusuli oleh Tenggara di tempat ketiga dan keempat Utara.

Kategori Bawah 18 Tahun menyaksika­n keunggulan pasukan Selatan untuk muncul juara, diikuti pasukan Barat (naib johan), Utara (ketiga) dan Sandakan (keempat).

Pertanding­anituadala­hbagi memilih pemain berpotensi untuk mewakili MSS Negeri Sabah ke kejohanan MSSM Kebangsaan yang dijangka diadakan di Pahang pada Ogos depan.

Pada kejohanan itu, beberapa pemain telah menerima anugerah individu termasukla­h Penjaring Terbanyak, Fair Play (pasukan), Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Terbaik.

Al-Kausar Jarah dari pasukan Barat menerima anugerah penjaring terbanyak dengan 9 gol, pasukan Sandakan (Fair Play), Ezwan Abdullah dari pasukan Utara (Penjaga Gol Terbaik), Ismail Gapar dari Barat (Penjaga Gol Terbaik) dan Mixmillen Hilton dari Barat (Pemain Terbaik).

Para penerima hadiah individu bagi bawah Kategori Bawah 18 Tahun pula ialah Joef Henly dari pasukan Selatan (Penjaring Terbanyak - 3 gol), Tenggara (Fair Play), Mohd Azlizan Mohd Azlan dari Pedalaman (Penjaga Gol Terbaik) dan Sharul Nizam Abd Rahman dari Selatan (Pemain Terbaik).

Semua hadiah telah disampaika­n oleh Datu Roslin Datu Siabuk dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? ROSLIN menyampaik­an hadiah kepada salah seorang penerima hadiah individu.
ROSLIN menyampaik­an hadiah kepada salah seorang penerima hadiah individu.
 ??  ?? PARA pemain pasukan Barat merakam gambar kenangan.
PARA pemain pasukan Barat merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia