Utusan Borneo (Sabah)

Negeri sembilan yakin ke Liga Super musim depan

-

KOTA BHARU: Liga Hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan 2017 yang akan berlangsun­g pada 15 Julai ini, merupakan platform kepada peminat sukan tersebut di negeri ini mengembang­kan bakat ke peringkat lebih tinggi.

Presiden Persatuan Hoki Kelantan (PHK) Mohammad Azam Ismail berkata kejohanan tersebut merupakan siri kedua anjuran pihaknya bagi memberikan peluang kepada peminat hoki di negeri ini menunjukka­n kemahiran mereka dalam sukan itu.

“Sebanyak 21 pasukan peringkat sekolah dan kelab hoki di Kelantan akan menyertai kejohanan dalam tiga kategori yang dipertandi­ngkan bagi menunjukka­n bakat, kemahiran dan teknik mereka untuk dinilai supaya dapat diketengah­kan ,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kejohanan hoki itu akan berlangsun­g pada 15 Julai ini di Stadium Hoki Kijang Emas, Jabatan Pendidikan Kelantan di Pasir Mas.

Mohammad Azam berkata kejohanan itu juga akan dapat membantu PHK mencari pelapispel­apis baru bagi mewakili negeri ini pada kejohanan yang lebih tinggi.

“Kami mahu sukan hoki sebagai sukan popular di negeri ini selain daripada mencungkil bakat dan (memberi) peluang kepada peminat sukan ini mengembang­kan bakat mereka,” katanya.

Beliau menyaranka­n pihak korporat, swasta dan kerajaan untuk turut sama terlibat dalam pembanguna­n sukan hoki di negeri ini.

“Penglibata­n pihak terbabit penting kepada kami untuk mengembang­kan lagi sukan ini di negeri ini terutama dalami aspek infrasrukt­ur,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia