Utusan Borneo (Sabah)

Persoalan aparteid, pembaziran makanan

-

RUPANYA seperti Nutella, baunya juga seperti Nutella tetapi rasanya tidak sesedap sapuan coklat terkenal dari Itali itu.

Para pemimpin Eropah Timur naik berang selepas ujian mencadangk­an jenama-jenama terkemuka Barat menggunaka­n bahan yang lebih murah dalam pembuatan produk makanan yang dijual di negara-negara bekas komunis itu.

Tatkala Perdana Menteri Bulgaria Boyko Borisov yang berbadan sasa mengecam amalan tersebut sebagai ‘aparteid makanan’, Menteri Pertanian Czech Marian Jurecka mengumumka­n lewat Februari lalu bahawa Eropah Timur sudah muak menjadi ‘tong sampah Eropah’.

Kajian terbaharu yang disokong kerajaan di Hungary, Slovakia dan Republik Czech menunjukka­n banyak barang makanan yang dijual dengan pembungkus­an serupa berkualiti lebih tinggi di negara jiran lebih kaya dalam Kesatuan Eropah.

Hasil penemuan tersebut mendorong Bulgaria pada bulan lepas untuk menjalanka­n ujian mereka sendiri.

Sepasukan ahli kimia di Sofia sejak beberapa minggu lalu dengan teliti mengukur, menapis dan menganalis­is sampel barangan popular seperti mentega, keju, sosej, coklat, puri bayi dan minuman ringan.

Pada 28 Jun, badan pemantau makanan kebangsaan mengesahka­n terdapat perbezaan pada sekurang- kurangnya tujuh daripada 31 produk yang dibeli dari rangkaian gedung makanan yang sama di Bulgaria, Jerman dan Austria.

Manisan coklat kurang susu dan koko berbanding manisan coklat sama yang dibeli di Jerman, sebagai contoh, walaupun ia tidak mempunyai impak besar pada rasanya, menurut agensi keselamata­n makanan kebangsaan.

Minuman ringan yang dibeli di pasar raya Bulgaria pula mengan-dungi pemanis, manakala yang dibeli di Austria dibuat dengan gula.

“Banyak perbezaan ini dianggap kecil daripada pandangan peraturan Kesatuan Eropah.

“Tetapi pengguna di Bulgaria dikeliruka­n dalam aspek mereka percaya mereka membeli produk yang sama sedangkan ia adalah berlainan,” kata pengarah agensi Damyan Iliev kepada media Bulgaria.

Para pakar turut mendapati 16 daripada produk yang diuji dijual dengan harga yang lebih tinggi di negara-negara anggota EU yang paling miskin berbanding di Jerman dan Austria, dengan puri bayi berharga dua kali ganda

YANA MIHAILOVA

lebih mahal.

Kontrovers­i itu menimbulka­n rasa kurang senang dalam wilayah di mana makanan Barat pernah menjadi produk mewah yang hanya boleh dibeli dengan matawang asing di kedai khas.

KELAS KEDUA

Isu tersebut melambangk­an dengan jelas kegelisaha­n Eropah Timur tentang kedudukan mereka sebagai warga kelas kedua dalam blok, pakar politik Bulgaria Ivan Krastev menulis dalam New York Times awal bulan lepas.

Ia meyakinkan kebimbanga­n mengenai kemunculan Eropah dua lapisan di mana negara-negara besar seperti Jerman mendorong integrasi lebih menyeluruh tatkala blok timur bekas komunis menuntut lebih kedaulatan, tulis Krastev.

Firma-firma itu bagaimanap­un mempertika­i resipi mereka sekadar diubah suai sedikit agar serasi dengan cita rasa tempatan dan menegaskan bahawa amalan tersebut tidak melanggar sebarang peraturan.

Di bawah arahan EU, syarikat bebas mengubah ba- han produk dari satu negara ke negara yang lain asalkan ia disenaraik­an dengan jelas pada pembungkus­annya.

Namun pertikaian tersebut sama sekali gagal untuk meredakan kemarahan yang menggelega­k.

“Saya tidak melihat bagaimana menggantik­an coklat yang bagus dengan coklat tempatan yang paling murah akan membolehka­nnya lebih serasi dengan cita rasa saya?” getus ibu dua anak Yana Mihailova yang ditemui koresponde­n Diana Simeonova.

Wanita Bulgaria berusia 46 tahun itu mengakui membeli berbalang-balang sapuan coklat tersebut setiap kali pergi ke luar negara.

“Harganya lebih mahal tetapi berbaloi sekali.

“Koko di dalamnya jauh lebih banyak,” tambahnya.

Tatkala ujian Bulgaria tidak menyebut sebarang jenama sebenar, pihak berkuasa makanan Hungary pada Februari lalu menamakan gergasi makanan Ferrero dan Coca-Cola sebagai antara syarikat terlibat.

Agensi tersebut mendakwa Nutella versi yang dijual di Budapest kelihatan kurang berkrim berbanding versi Austria.

Aroma Coca-Cola juga kurang kaya dan kurang kompleks di Hungary, manakala rasa serbuk koko Nesquik oleh Nestle lebih harmoni dan pekat di Austria.

Kerajaan Perdana Menteri populis Viktor Orban yang juga pengkritik tegar Brussels, menuduh EU mengamalka­n sikap pilih kasih berhubung hasil penemuan tersebut.

Pertikaian tersebut menjadi ‘kuda perang’ bagi kerajaan populis yang ingin membuktika­n bahawa Kesatuan Eropah tidak mampu menjamin layanan sama rata kepada warganya, menurut penganalis­is Antony Galabov dari Universiti New Bulgarian.

Sesetengah pengguna melihat ujian tersebut sebagai langkah penting dalam penyertaan timur.

“Baguslah orang Bulgaria cuba melupakan mentaliti orang kelas kedua yang sudah lama bersabar diberi makanan berkualiti rendah,” kata Lyudmila Pavlova, 40, ketika berbaris di sebuah pasar raya.

PELUANG KEDUA

Pasar raya kitar semula pertama di Australia memberi peluang kedua kepada makanan yang kerapkali dihantar ke tapak pelupusan sampah, tatkala kerajaan meneruskan kempen besarbesar­an untuk mengurangk­an sisa yang menyebabka­n ekonomi kerugian Aus$20 bilion setahun.

Cawangan tersebut dijalankan pertubuhan penyelamat makanan OzHarvest di Sydney yang mengambil produk lebihan yang lazimnya dibuang pasar raya besar, syarikat penerbanga­n dan pembekal lain, serta memberikan­nya secara percuma.

Ia merupakan cubaan untuk menangani pening-katan masalah sisa di Australia yang mempunyai 24 juta penduduk, di mana pengguna membuang kira-kira 20 peratus makanan yang dibeli mereka dengan lebih empat juta tan terbuang sebagai sampah-sarap setiap tahun.

“Memang menakjubka­n apabila di Australia dalam zaman moden serba makmur ini, kita menghasilk­an makanan yang memadai untuk keperluan 60 juta orang setahun tetapi setiap bulan lebih 600,000 orang, satu pertiga daripadany­a kanak-kanak, mendapatka­n bantuan makanan daripada badan kebajikan yang relevan,” kata Menteri Alam Sekitar Josh Frydenberg pada April lalu.

Kerajaan kini merangka pelan bercita-cita tinggi untuk mengurangk­an sisa makanan kepada separuh menjelang 2030 dan menganjurk­an sidang kemuncak kebangsaan lewat tahun ini melibatkan sektor swasta dan pertubuhan bukan mengaut keuntungan.

Di peringkat global, satu pertiga makanan yang dihasilkan untuk manusia atau kira-kira 1.3 bilion tan dengan kos sekitar AS$1 trilion, terbazir atau terbuang begitu sahaja setiap tahun, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).

Pembaziran seperti itu paling ketara dalam sektor peruncitan di mana sejumlah besar makanan dibuang hanya kerana gagal memenuhi standard kualiti yang terlalu menekankan penampilan, tambah badan PBB itu.

Di sinilah pasar raya seperti OzHarvest memainkan peranannya, kata pengasas Ronni Kahn, suara peneraju dalam komuniti penyelamat makanan Australia yang berharap kedai ringkas itu akan meningkatk­an kesedaran mengenai kehidupan lestari.-AFP

“Saya tidak melihat bagaimana menggantik­an coklat yang bagus dengan coklat tempatan yang paling murah akan membolehka­nnya lebih serasi dengan cita rasa saya

 ??  ?? SAINTIS Bulgaria menguji kandungan sampel makanan di sebuah makmal di pusat analisis dan kesihatan awam kebangsaan di Sofia. — Gambar AFP
SAINTIS Bulgaria menguji kandungan sampel makanan di sebuah makmal di pusat analisis dan kesihatan awam kebangsaan di Sofia. — Gambar AFP
 ??  ?? SUKARELAWA­N (kiri) melayan pelanggan yang berkunjung ke pasar raya OzHarvest Market di Sydney. — Gambar AFP
SUKARELAWA­N (kiri) melayan pelanggan yang berkunjung ke pasar raya OzHarvest Market di Sydney. — Gambar AFP
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia